Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Panda kembar Leni dan Lotti rai hari lahir pertama

    BERLIN, 22 OGOS – Kembar panda terbaharu di Berlin telah menyambut hari lahir pertamanya dengan hidangan sayuran sejuk beku dan lilin yang diperbuat daripada rebung.

    Dua anak panda betina itu dilahirkan di Zoo Berlin pada 22 Ogos tahun lalu dan masing-masing diberi nama Cina dan Jerman. Meng Hao dan Meng Tian lebih dikenali sebagai Leni dan Lotti, penghormatan kepada Marlene Dietrich yang berasal dari Berlin dan daerah Charlottenburg di ibu negara Jerman.

    Pada hari ini, anak-anak panda itu bermain-main dengan kayu merah besar bernombor satu. Ia diberi apa yang dipanggil zoo ‘ais guli’ yang diperbuat daripada ubi bit dan lobak merah.

    Anak-anak panda itu, yang beratnya di bawah 200 gram semasa dilahirkan, kini mempunyai berat kira-kira 21 kilo seekor. Penjaga zoo telah pun menyedari perbezaan sifat di antara keduanya yang mana Lotti adalah lebih berani, manakala Leni selalunya lebih santai.

    Anak-anak panda itu merupakan kembar kedua bagi panda gergasi yang dilahirkan di Jerman.

    Yang pertama ialah abangnya Meng Xiang dan Meng Yuan, yang lebih dikenali dengan nama Jerman, Pit dan Paule. Anak-anak panda itu lahir pada Ogos 2019 dan menjadi tarikan di Berlin sehingga ia diterbangkan ke China pada penghujung 2023.

    Kesemuanya merupakan keturunan dari ibunya, Meng Meng dan bapa, Jiao Qing, yang tiba di Berlin pada 2017. – AP

    Anak panda kembar Leni dan Lotti bermain di Taman Panda semasa pesta ulang tahun pertamanya di Zoo di Berlin, Jerman pada 22 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda