Saturday, February 8, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pandalela harap khidmat sokongan disediakan semula

    KUALA LUMPUR, 3 APRIL – Ratu terjun Malaysia, Datuk Pandelela Rinong berharap agar projek ‘Road To Gold’ (RTG) memberi fokus kepada menyediakan semula khidmat sokongan lebih konsisten kepada atlet kebangsaan.

    Pandelela berkata beliau mendapat khidmat sokongan seperti pasukan sains sukan ketika beraksi pada dua Olimpik iaitu edisi 2012 di London, United Kingdom dan edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, yang membantunya menyumbang pingat pada temasya sukan terbesar dunia itu.

    “Diharapkan selepas ini khidmat sokongan lebih konsisten, jangan sekejap ada sekejap tiada. Seperti ketika di London dan Rio kami mempunyai tukang urut dan (khidmat) biomekanik sukan, namun untuk Tokyo 2020 tiada (khidmat sokongan),” katanya kepada pemberita pada Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Jemputan (MIAG) ke-58 di sini, hari ini.

    Beliau berkata atlet terjun memerlukan analisis video ketika latihan dan pertandingan, tanpa khidmat sokongan berkenaan sukar bagi mereka mempamerkan aksi konsisten. – Bernama

    Pandalela ketika ditemu bual oleh pemberita semasa Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Jemputan Milo/PRM Malaysia Ke-58 2023 di Pusat Akuatik Negara, Bukit Jalil, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda