Tuesday, March 18, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pandelela tempah tiket ke pentas akhir Budapest

    KUALA LUMPUR, 27 JUN – Ratu terjun Malaysia, Datuk Pandelela Rinong berjaya menempah tiket ke pentas akhir acara 10 meter (m) platform wanita pada Kejohanan Dunia 2022 di Budapest, Hungary. 

    Atlet berusia 29 tahun itu, dijadualkan mempersembahkan terjunan pada jam 1 pagi waktu tempatan, setelah meraih tempat ketujuh pada pusingan separuh akhir awal hari ini. 

    Beliau berjaya mencatatkan 313.15 mata secara keseluruhan manakala juara dunia 2019 dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Chen Yuxi, 16,  dari China mengungguli pusingan itu dengan kutipan 427.00 mata.

    Rakan senegaranya berusia 15 tahun yang juga pemenang emas Olimpik Tokyo, Quan Hongchan berada di tempat kedua dengan mengutip sebanyak 413.70 mata, manakala Caeli McKay dari Kanada menduduki tempat ketiga dengan 336.30 mata. Pandelela yang memenangi pingat emas Piala Dunia 2021 di Tokyo, adalah atlet paling senior dalam acara 10m platform wanita di Budapest.

    Pada edisi 2019, Pandelela menduduki tempat kelima dalam acara 10m platform, namun berjaya membawa pulang perak dalam acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya, Datuk Leong Mun Yee. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda