Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pandelela terpaksa tarik diri

    JAKARTA, 30 Ogos – Ratu terjun negara dan sandaran pingat pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Pandelela Rinong menarik diri daripada beraksi dalam final acara 10 meter (m) platform individu wanita yang dijadualkan berlangsung malam ini.

    Perkara itu disahkan pengurus pasukan, Andy Low selepas pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mengadu masih berasa tidak selesa ketika turun beraksi pada pusingan kelayakan yang berlangsung di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno sebentar tadi.

    “Beliau tidak akan meneruskan aksi di final kerana tidak mahu mengambil risiko. Kecederaannya masih belum pulih dan sebab itu keputusan menarik diri dibuat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

    Pada pusingan kelayakan itu, Pandelela menamatkan saingan di kedudukan keenam selepas mengumpul 277.40 mata. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda