NIHA, LUBNAN – Di sebuah perkampungan di Pergununan Chouf yang mempunyai pemandangan indah di Lubnan, Chafik Mershad berusia 69 tahun mengeluarkan sebuah buku tetamu besar dan membacakan tarikh terakhir bila dia menerima pengunjung: 16 November 2019.
Bulan sebelumnya, bantahan antikerajaan berlaku di seluruh negara disebabkan cukai dan krisis kewangan yang semakin gawat. Di tengah-tengah ketidaktentuan, hanya sebilangan kecil yang mengunjungi rumah tumpangnya. Kemudian berlaku pandemik koronavirus dan akhirnya pihak kerajaan terpaksa mengenakan perintah berkurung.
Rumah tumpang tersebut secara rasminya ditutup pada Februari 2020. Setahun setengah kemudian, dia masih tidak mempunyai perancangan untuk membuka semula rumah tumpang kerana krisis kewangan yang melanda negara tersebut ketika ini.
“Koronavirus sangat memberi kesan kepada kami, tetapi halangan terbesar adalah krisis kewangan,” kata Mershad, bercakap dari rumahnya yang terletak di atas rumah tumpang. “Kami sebelum ini menawarkan tetamu kami dengan Nescafe, teh, apa sahaja yang mereka inginkan dengan harga yang murah. Tetapi sekarang, harga bagi sebiji burger sangat mahal.”
Gelombang kedua pandemik dan krisis kewangan yang sangat teruk telah menjejaskan sektor hospitaliti di negara Mediterranean itu, yang terkenal dengan pantainya, resort di kawasan gunung dan makanan yang enak. Ratusan perniagaan, termasuk rumah tumpang seperti Mershad Guesthouse, terpaksa gulung tikar.


Tetapi dengan sekatan pandemik semakin dikurangkan, peniaga yang mampu bertahan berharap dengan setiap wang yang dibelanjakan oleh pekerja luar negara di Lubnan dan peningkatan pelancongan domestik dapat memacu kembali ekonomi.
Ketika ini, kebanyakan tempahan hotel dari pekerja luar dan sebilangan pelancong dari negara jiran seperti Iraq, Mesir dan Jordan. Jadual ketibaan di lapangan terbang semakin bertambah setiap hari dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan. Lapangan Terbang Beirut mempunyai empat penerbangan tiba dari Iraq, dengan membawa lebih daripada 700 orang penumpang secara keseluruhan, menurut Jean Abboud, presiden Persatuan Perjalanan dan Ejen Pelancongan. Keadaan huru-hara dilaporkan di ruang ketibaan ketika orang ramai beratur untuk menjalani ujian PCR.
Kebiasaannya penduduk Lubnan akan menghabiskan masa pada musim panas dengan bercuti ke luar negara namun sekarang mereka beralih kepada pelancongan domestik. Ia adalah pilihan yang lebih praktikal kerana sekatan perjalanan, mata wang dolar tidak dikeluarkan dari bank dan kad kredit yang kurang berfungsi.
“Dalam masa dua tahun kebelakangan, negara telah berubah secara radikal. Ia tidak lagi menjadi destinasi bagi kehidupan waktu malam, untuk pelancong bandar dan hanya beberapa perkara diketahui oleh orang lain. Terdapat minat lebih besar untuk warga Lubnan untuk membuat perjalanan di dalam negara,” kata Joumana Brihi, ahli lembaga Persatuan Penjejak Gunung Lubnan. Persatuan tersebut mengekalkan laluan sejauh 470 kilometer meliputi bahagian utara ke selatan.
Kebanyakan industri berkata jumlah pengunjung domestik meningkat secara signifikan sejak negara mengurangkan langkah perintah berkurung pada April. Mereka menjangkakan pekerja luar negara dan akan menghabiskan musim panas, meskipun keadaan tidak stabil, sebahagiannya disebabkan penurunan nilai pound Lubnan.”
Ia akan menyelamatkan banyak tempat daripada ditutup atau ‘melanjutkan jangka hayat beberapa perniagaan,” kata Maya Noun, suruhanjaya bagi pemilik restoran.
Sejak Oktober 2019, mata wang Lubnan kehilangan lebih 90 peratus daripada nilainya, didagangkan sekitar 17,000 pound Lubnan ke dolar di pasar gelap.
Kadar pertukaran rasmi kekal 1,507 pound ke satu dolar.
Tahun lalu, ahli parlimen, Michel Dahar menerima kecaman di media sosial setelah mengatakan di televisyen bahawa “Lubnan adalah sangat murah, dari setiap sudut,” kerana mata wang yang rendah. Orang ramai mentertawakan saya,” Daher memberitahu The Associated Press.
“Kini, ramai pekerja luar di Lubnan datang ke mari disebabkan harganya, tetapi kami juga mahu mengukuhkan. Tetapi pada masa yang sama kami inginkan pelancong luar negara.” – AP