SIEDLCE – Sejak penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, penularan ini bukan hanya menjejaskan kesihatan, malah juga sistem kesihatan secanggih mana pun belum dapat dikatakan membendung virus berkenaan.
Akibat daripada kesukaran membendung virus yang mudah merebak ini, dunia terpaksa masih dalam keadaan ‘tertutup’. Di mana segala aktiviti harian terpaksa dikawal dan malah adanya arahan perintah berkurung. Dalam masa yang sama, pekerjaan dan bisnes harian turut terjejas berikutan penutupan kedai-kedai dan perkhidmatan-perkhidmatan seperti pengangkutan penghantaran. Sehinggakan pekerja-pekerja terpaksa diberikan cuti dan malah dibuang kerja kerana pendapatan syarikat yang berkurangan.
Seperti mana di Poland, dalam hanya beberapa minggu yang lalu, pemandu-pemandu trak Poland merupakan raja jalanan di Eropah. Namun, sekarang mereka berputus asa, jika sekiranya krisis koronavirus belum menyusut, industri pengangkutan Poland akan berakhir.
“Sekiranya keadaan kewangan kita berterusan tiada kemajuan, kita akan muflis dalam masa dua bulan, kecuali jika kerajaan membantu kita,” kata Stanislaw Lecyk, pemilik syarikat pengangkutan Frigodor yang berusia 56 tahun.
Kebanyakan 55 buah trak miliknya hanya terbiar di tempat letak kereta perniagaan berkenaan di timur bandar Siedlce. Separuh daripada 80 pekerja terpaksa dicutikan.




“Untuk minggu depan, hanya 10 peratus daripada pesanan awal kami yang akan kekal,” kata Lecyk kepada media, sambil menambah bahawa dia harus membatalkan pendaftaran sebahagian armadanya untuk menyelamatkan insurans.
Frigodor merupakan satu-satunya syarikat pengangkutan yang banyak memiliki pengalaman yang sukar, kata Jan Buczek, presiden Persatuan Penghantar Jalan Raya Antarabangsa di Poland (ZMPD). Pemandu-pemandu trak Poland menyumbang hampir 30 peratus daripada pasaran Eropah dan persatuan itu termasuk 4,000 firma dengan kira-kira 400,000 pemandu.
“Kira-kira separuh daripada trak kami diletakkan. Di sokong oleh kaunter tol lebuh raya elektronik,” kata Buzcek.
Membuat perkara menjadi lebih memburuk, yang disebut sebagai ‘perisai anti-krisis’ yang dikerahkan oleh kerajaan Poland untuk mendukung kegiatan ekonomi ‘para pemandu trak yang ditinggalkan.’ Dia berkata, syarikat-syarikat hanya akan mampu membayar satu kali pembayaran sebanyak 5,000 zloty (1,100 euro, AS$ 1,175), “yang cukup untuk mengisi minyak,” dan tidak ada peruntukan selain daripada itu, dia mengadu.
Keputusan Eropah untuk melonggarkan peraturan-peraturan tertentu, seperti tempoh masa bekerja atau waktu cuti, telah membantu, tetapi ‘sesetengah negara tidak melaksa-nakan peruntukan.’
“Apa yang kami perlukan adalah wang. Bagi pihak berkuasa untuk mengembalikan nilai cukai tambah kami dan memberi kami kredit murah yang dijamin oleh bank BGK milik kerajaan,” kata Buczek.
Tetapi dia tidak begitu optimistik, mengatakan “bank-bank telah mengetepikan kami sebagai kumpulan yang paling berisiko.”
Pemandu-pemandu mengambil bahagian mereka untuk cuba bertenang dan tetap meneruskannya, sambil tertanya-tanya apa yang ada di depan dan menyedari mereka kini menakutkan orang ramai yang memandang dengan sangat berhati-hati kepada orang luar kerana takut kepada penularan koronavirus. Dalam hal ini, menunjukkan pada ketika ini pandangan orang ramai menganggap orang asing yang baharu memasuki negara sebagai pembawa virus, namun ia sebagai realiti dengan harapan tidak mahu menjejaskan negara lagi dari bertambahnya kes positif yang baharu.
“Apabila saya berada di luar negara dan saya meminta bantuan, orang akan lari,” kata Marek Gil, yang telah menjadi pemandu trak selama 13 tahun daripada usianya yang 41 tahun.
“Mereka meminta saya untuk menjaga jarak yang selamat. Kadang-kadang saya dapat bertanya soalan tetapi kali ini mereka lari,” katanya kepada media.
Di negara-negara lain juga mengalami masalah yang sama. Sebagai contoh di Perancis, syarikat mengadu bahawa pemandu mereka selalunya tidak dapat mendapatkan peralatan perlindungan, kadang-kadang ‘diabaikan’ di tempat yang mereka melakukan penghantaran, dan telah berdepan dengan masalah bilik mandi yang tertutup dan kemudahannya di kawasan rehat.
“Ia menjadi sangat sukar untuk mengekalkan tahap kebersihan asas untuk makan,” kata seorang pemandu berusia 32 tahun yang berpangkalan di bahagian timur laut Haute-Marne, Perancis.
Seorang pemandu yang mahu identitinya dirahsiakan, memberitahu media bahawa pelanggan juga telah menghalang mereka daripada menggunakan tandas-tandas syarikat atau “memindahkan mesin kopi daripada jangkauan kami.”
DSLV Logistics Alliance Jerman melaporkan isu yang sama. Walaupun pemandu-pemandu trak dipuji oleh beberapa orang sebagai ‘pahlawan’ pandemik kerana melakukan pekerjaan penting, “ia sesuatu yang baik jika penghargaan orang ramai tercermin dalam rawatan harian pemandu,” kata jurucakap organisasi kepada media.
Gil, pemandu trak Poland dan bapa kepada empat orang anak, berkata dia tidak takut pada virus itu, yang telah menjangkiti lebih daripada 5,000 orang di Poland dan membunuh lebih 100 orang.
“Jangan merasa cemas. Saya perlu melakukan pekerjaan saya. Saya mempunyai keluarga untuk diberi makan. Tetapi saya juga sebenarnya merasa bimbang,” katanya. – AFP