Pandemik pacu perniagaan online

TORONTO, KANADA, 18 OKT – Pandemik telah memaksa perniagaan-perniagaan di seluruh dunia untuk beralih kepada online dan ramai yang memilih Shopify, sebuah syarikat Kanada yang berkembang sebagai alternatif kepada Amazon.

Diasaskan 15 tahun lalu di Ottawa, Shopify membolehkan perniagaan untuk mencipta laman e-dagang dengan hanya beberapa klik. Sudah pun berkembang dengan lebih satu juta e-kedai pada hujung 2019, pangkalan penggunanya telah meletup.

“Dunia runcit yang mungkin akan wujud pada 2030 sudah pun diadakan pada tahun 2020,” kata presiden Shopify, Harley Finkelstein dalam temu bual bersama AFP.

“Rasanya seperti COVID-19 telah mempercepatkan pertumbuhan dagangan online.”

Di tengah-tengah sekatan pergerakan kedai barangan harian, dagangan online telah meledak tahun ini. Pengguna telah terbiasa untuk membeli dalam internet dan syarikat gergasi industri itu yang diketuai oleh Amazon, telah menyaksikan jualan memuncak.

Pada masa yang sama, banyak perniagaan yang tiada mempunyai kehadiran atau saluran jualan online langsung tidak mengalami kemelesetan ketika pandemik masih berlaku. – AFP

Gambar fail yang diambil pada 23 Mac menunjukkan seorang penduduk melintas jalan kosong dengan deretan kedai yang ditutup di Byward Market di Ottawa, Kanada. – AFP