Friday, May 23, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pandemik pemangkin teknologi digital

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberikan kesan meluas kepada pelbagai aspek kehidupan termasuk aktiviti-aktiviti sosioekonomi namun secara tidak langsung, pandemik itu telah menjadi pemangkin bagi transformasi digital.

    Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohammad Yusof berkata, selaras dengan matlamat dan penekanan ke arah sebuah Negara Pintar, Negara Brunei Darussalam terus mengambil langkah dengan memanfaatkan teknologi digital bukan sahaja untuk menangani pandemik tetapi juga untuk mengukuhkan kesiapsiagaan negara bagi revolusi teknologi digital.

    Penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) terus dimanfaatkan dalam pendekatan untuk menangani transmisi COVID-19 melalui pelancaran aplikasi BruHealth, jelas beliau lagi.

    Pada masa yang sama, teknologi digital terus memainkan peranan penting dalam memastikan perkongsian maklumat sahih dan selamat serta sebagai platform untuk menjana peluang-peluang perniagaan bagi lebih kemapanan.

    Beliau menekankan perkara berkenaan dalam perutusannya sempena Hari Masyarakat Maklumat dan Telekomunikasi Sedunia (WTSID) 2021 dengan tema Accelerating Digital Transformation in Challenging Times, yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, di sini.

    Dalam perutusan itu lagi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib berkata dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat telekomunikasi, Negara Brunei Darussalam secara umumnya telah menyaksikan peningkatan signifikan dalam penggunaan digital oleh masyarakat.

    Kadar penggunaan jalur lebar terus meningkat yang meliputi 86 peratus premis perumahan dalam negara dan kualiti perkhidmatan juga terus meningkatkan dengan 70 peratus hingga 99 peratus kawasan di seluruh negara, pada masa ini mempunyai liputan 3G dan 4G dengan beberapa kawasan mempunyai liputan 4G+.

    Yang Berhormat Dato menyatakan lagi bahawa pada 4 Jun 2020, Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 bagi Negara Brunei Darussalam telah dilancarkan dengan visi, Negara Pintar Menerusi Transformasi Digital, di mana pelan induk itu menggariskan hala tuju transformasi digital impak tinggi yang merangkumi aktiviti-aktiviti ekonomi yang meluas.

    Pembangunan teknologi digital seperti sekuriti siber, big data, Internet of Things (IoT) , AI dan 5 G merupakan bidang tumpuan utama yang sedang dilaksanakan secara aktif fi Negara Brunei Darussalam untuk memperkasakan inovasi dan memacu perkembangan mampan.

    Selaras dengan pembangunan transformasi digital, Yang Berhormat Dato berkata bahawa sekuriti siber telah menjadi salah satu pemboleh strategik utama dalam perjalanan transformasi digital di mana pada Ogos 2020, Negara Brunei Darussalam telah menubuhkan Cyber Security Brunei (CSB) iaitu agensi kebangsaan bagi sekuriti siber yang melihat kepada pemantauan dan penyelarasan usaha negara dalam menangani ancaman sekuriti siber serta juga jenayah siber.

    Penubuhan CSB adalam tepat pada masanya di mana adalah menjadi keutamaan bagi kita untuk memastikan bahawa persekitaran siber yang selamat dan terkawal dapat disediakan.

    Ke arah mencapai matlamat berkenaan, dalam meneroka peluang dan potensi teknologi 5G, Yang Berhormat Dato, menyatakan bahawa Negara Brunei Darussalam telah melaksanakan sebuah projek rintis 5G pada 3 April 2021 di mana projek rintis itu bermatlamat untuk menunjukkan sebuah persekitaran berasaskan teknologi 5G, mempromosikan nilai dan potensi teknologi berkelajuan pantas serta untuk menjana kesedaran bagi menggalakkan penggunaan teknologi 5G.

    Sebuah Pasukan Petugas Kebangsaan 5G juga telah ditubuhkan untuk menghasilkan sebuah laporan yang mengandungi cadangan daripada pelbagai perspektif mengenai penggunaan dan peruntukan 5G.

    Pada masa yang sama, pelan peruntukan frekuensi juga telah dikenal pasti untuk memenuhi liputan dan kapasiti 5G. Dalam perutusan itu, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib seterusnya menyatakan bahawa bagi mempersiapkan Negara Brunei Darussalam dengan lebih baik kepada transformasi digitalnya, satu keutamaan penting adalah kerjasama serantau.

    Di rantau ASEAN, Pelan Induk Digital ASEAN 2025 telah dilancarkan untuk membimbing kerjasama digital ASEAN dari 2021 hingga 2025, dalam merealisasikan visi ASEAN sebagai sebuah komuniti digital dan blok ekonomi, dengan perkhidmatan digital, teknologi dan ekosistem terkawal.

    Di samping itu, kerjasama serantau dalam perkara-perkara signifikan bagi transformasi digital terus diperkukuhkan termasuk dalam bidang sekuriti siber dan urus tadbir data digital ASEAN.

    Yang Berhormat Dato berkata dengan kita berusaha ke arah sebuah Negara Pintar, transformasi digital hanya mungkin dengan penglibatan dan sokongan daripada semua pihak yang berkepentingan.

    Pendekatan seluruh negara akan memimpin kita untuk menjadi sebuah masyarakat sedia masa hadapan dan digital yang mampu untuk memanfaatkan peluang-peluang serta lebih berdaya tahan dalam menghadapi cabaran.

    “Pendekatan ini setentunya selaras dengan tema ASEAN 2021, We Care, We Prepare, We Prosper,” ujarnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://britefamilydental.com.au/wp-includes/bandarqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/dominoqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/