Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pandemik punca perkahwinan Ariana Grande bermasalah

    Perpisahan penyanyi Ariana Grande dan suaminya iaitu Dalton Gomez selepas dua tahun mendirikan rumah tangga menjadi bualan ramai.

    Menurut mStar yang memetik laporan daripada Daily Mail, perkahwinan pasangan berkenaan bertukar tegang selepas pandemik COVID-19 berakhir dan mereka mula membawa haluan masing-masing.

    Dalton didakwa tidak dapat memahami jadual padat Ariana sebagai salah seorang selebriti terkenal dunia sehingga membuatkan mereka jarang bertemu. Lebih mengejutkan, Dalton dikatakan sudah mula mencari teman baharu dan tidak cuba menyelamatkan rumah tangganya yang sedang bergolak.

    “Dalton sudah menemui wanita lain sejak beberapa bulan lalu tetapi Ariana seperti tidak kisah dengan perkara itu,” kata sumber terdekat pasangan berkenaan.

    Ariana dan Dalton dilaporkan berpisah sejak Januari lalu.

    Bagaimanapun mereka cuba memperbaiki perkahwinan mereka pada Mei lalu namun ia hanya bertahan selama dua minggu sebelum mereka kembali memutuskan untuk berpisah. – Agensi

    Ariana dan Dalton sudah mula mencari pasangan baharu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda