Sunday, February 2, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pandu berhati-hati, kerja mengecat pagar jambatan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 DIS – Separuh jalan di Lebuh raya Muara-Tutong (kedua-dua hala) akan ditutup sementara bermula hari ini hingga 31 Disember.

    Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya, kelmarin, memaklumkan penutupan sementara yang melibatkan jambatan berhampiran kawasan Jerudong Park, Lebuh raya Muara-Tutong itu akan bermula dari pukul 8:30 pagi hingga 5 petang.

    Penutupan itu adalah disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan dan mengecat pagar jambatan.

    Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan jalan yang akan ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda