Pelakon Emma Watson tidak dibenarkan memandu selama enam bulan selepas didapati bersalah melanggar undang-undang memandu melebihi had laju yang ditetapkan.
Emma atau Emma Charlotte Duerre Watson, 35, turut dikenakan denda sekitar £1,044 oleh Mahkamah Majistret High Wycombe, Buckinghamshire pada Rabu.
Difahamkan dalam kejadian tersebut, Watson memandu kenderaan jenis Audi S3 dengan kelajuan 61 kilometer sejam (km/j) di sebuah kawasan terpencil di Banbury, Oxford, menurut laporan mStar.
Meskipun tidak hadir pada hari perbicaraan, namun pelakon itu mengakui kesalahannya dan menerima hukuman yang dikenakan.
Sebelum ini sekitar Februari tahun lalu, kenderaan Watson pernah disita oleh polis Warwickshire selepas didakwa menghalang dua kenderaan lain di Jalan High Street, Stratford upon Avon, England.
Namun begitu, pihak berkuasa mengesahkan tiada jenayah direkodkan dalam insiden berkenaan. – Agensi
