Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pang Ron-Su Yin tekad kekalkan konsistensi

    KUALA LUMPUR, 5 FEB – Beregu campuran Malaysia, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin tekad memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki kelemahan yang menghalang mereka daripada beraksi secara konsisten menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) yang berlangsung dari 11 hingga 16 Februari ini.

    Pang Ron berkata antara kelemahan yang perlu ditangani bersama pasangannya ialah mengurangkan kesilapan mudah ketika berada di gelanggang selain perlu menangani tekanan tinggi yang diletakkan kepada mereka.

    “Untuk saingan BAMTC, saya rasa kami berdua sudah melakukan persediaan sebaiknya selepas berehat sehari untuk menyambut Tahun Baharu Cina. Kami memberikan lebih fokus untuk meningkatkan konsistensi di gelanggang.

    “Tahun ini, mungkin disebabkan kami meletakkan harapan terlalu tinggi sehingga menyebabkan kami berdepan tekanan selain harapan daripada peminat. Jadi, saya rasa memang kami perlu belajar lagi (untuk mengatasi tekanan),” katanya.

    Sebelum ini, Pang Ron-Su Yin diumumkan antara pasangan yang akan membawa cabaran Malaysia dalam acara beregu campuran pada saingan BAMTC bersama-sama pasagan Goh Soon Huat-Shevon Lai.

    Sementara itu, Pang Ron ketika diminta mengulas berkenaan lawan Malaysia dalam kumpulan B iaitu Indonesia dan Hong Kong, berkata semua pasukan memiliki peluang yang hampir sama. – Bernama

    Beregu campuran negara Hoo Pang Ron (kiri) dan Cheng Su Yin ditemui media selepas sesi latihan skuad badminton kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di Kuala Lumpur, pada 27 Disember 2024. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda