Monday, December 9, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pang Ron, Yee See mampu terus catat kejayaan

    KUALA LUMPUR, 7 OKT – Masa hadapan yang cerah menanti pasangan beregu campuran Malaysia Hoo Pang Rong-Cheah Yee See, itulah dinyatakan pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 Chang Peng Soon selepas melihat prestasi mereka pada penyertaan pertama di Piala Sudirman baru-baru ini.

    “Saya bagi lapan daripada 10 mata atas prestasi mereka di Piala Sudirman. Saya percaya mereka mempunyai masa hadapan yang cerah dalam badminton jika dapat mengekalkan prestasi mereka seperti di Vantaa, Finland,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Pang Ron-Yee See mencipta kejutan dengan memenangi dua perlawanan menentang dua pasangan beregu campuran berkedudukan 10 terbaik dunia pada kejohanan berpasukan itu yang berlangsung di Energia Areena.

    Selain merupakan pasangan muda, Peng Soon berkata, pasangan dinamik itu memiliki kekuatan yang tinggi, kelajuan dan skil yang mengagumkan di dalam gelanggang itu mampu menjadi pasangan dunia yang terbaik satu masa nanti.

    Pasangan ke-25 dunia itu mengalahkan pasangan ketujuh dunia Marcus Ellis-Lauren Smith, 21-19, 21-18, bagi membolehkan Malaysia menewaskan England 3-2 pada perlawanaan pembukaan Kumpulan D. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda