NISHA memanjangkan lehernya untuk menjenguk ke luar tingkap, angin yang kuat menghalang penglihatan Nisha untuk melihat dengan jelas, kereta yang dipandu oleh ayahnya sangat laju, Nisha terus duduk di sofa belakang dan mengambil keputusan untuk bermain dengan anak patung kesayangannya yang di hadiahkan oleh mamanya sewaktu menyambut ulang tahun yang keempat, Nisha masih lagi bermain dengan anak patung walaupun usianya akan meningkat lagi setahun pada 4 februari tahun ini. Patung kesayangannya ini telah di beri nama Poko oleh Nisha.
“abang, dah lima kali kita ikut jalan yang sama, apa salahnya kita tanya orang dekat sini.” Nisha tersentak apabila mamanya bersuara. “awak boleh sabar tak?, saya tahulah apa saya buat,” terdengar sahutan papanya yang sedikit menjerit. Nisha lebih senang berdiam diri dan bermain dengan Poko anak patungnya walaupun didalam hatinya ingin meminta segelas air kerana terlalu lama dia duduk di dalam kereta. Nisha memandang ke luar tingkap kelihatan langit yang biru dan burung yang berterbangan di celah-celah awan menenangkan perasaanya seolah-olah Nisha sedang memandang lukisan yang bergerak dan Nisha terus tidur dibuai mimpi.
Nisha membuka matanya, bahang yang tarasa seluruh badannya telah mengeluarkan peluh dan membasahi bahagian belakang bajunya. Nisha terkejut kerana tidak kelihatan papa dan mamanya di tempat duduk hadapan seperti tadi. Nisha cepat-cepat membuka pintu dan kelihatan beberapa orang sedang sibuk memunggah barang dari dalam lori kedalam rumah, kelihatan papanya sedang sibuk mengarahkan pekerja itu.
Nisha menoleh mencari kelibat mamanya tetapi tidak berjumpa, Nisha terus berlari-lari anak menuju kepada ayahnya untuk bertanyakan hal mamanya. Nisha menarik-narik baju ayahnya tetapi tidak diendahkan. Papanya sedang sibuk membantu mengeluarkan barang-barang ke dalam rumah. Tiba-tiba Nisha terlihat mamanya yang baru muncul sedang membawa sekotak air botol minuman lalu di agihkan kepada pekerja-pekarja, Nisha yang daripada tadi menahan rasa dahaga turut di berikan air oleh mamanya dan di teguk sehingga habis. Mamanya hanya ketawa melihat telatah anaknya itu.
“Nisha ini rumah baru kita, papa yang belikan,” Nisha memandang sekitar rumah itu, kawasannya sangat besar dan luas, Nisha terus melangkah melihat sekeliling. “baru pindah ke?,” kedengaran suara orang memekik di kanan rumah. ” ya, saya Mahmud dan ini isteri saya Hajar.” Mereka bersalaman dan bertukar senyuman. “saya Salleh, nampaknya kita berjiran.” Salleh membetulkan songkoknya. Mereka menamatkan perbualan sebaik sahaja terdengar laugan azan maghrib di surau berhampiran.
Nisha duduk di atas buaian yang terdapat di kawasan belakang rumah, Nisha bermain ceria dengan Poko, Hajar menjerit memanggil nama Nisha kerana tidak kelihatan anaknya daripada tadi. Nisha yang terdengar jeritan mamanya berlari pantas menuju kepada ibunya.
“mari masuk hari dah malam,” Nisha hanya mengangguk lesu dan bersama-sama masuk kedalam rumah yang pertama kali dilihat oleh Nisha. Kawasannya agak luas walaupun isi rumah masih belum di hias sempurna tetapi dinding yang di cat putih bersih dan lampu yang amat terang itu menyerikan setiap inci rumah. Nisha melangkah perlahan ke arah anak tangga yang akan membawanya ke tingkat atas kakinya memberanikan diri untuk menaiki anak tangga itu satu persatu.
Kelihatan ada beberapa pintu yang di tutup rapat. Nisha memberanikan diri untuk membuka pintu yang paling hampir dengan tempat dia berdiri tetapi sebaik sahaja dia memulas tombol itu, Nisha hampa kerana ianya berkunci. Sebaik sahaja Nisha mahu turun semula ke tingkat bawah, Nisha terdengar suara halus memanggilnya. Nisha terus menoleh dan kelihatan pintu yang tadinya tertutup rapat kini terbuka luas dengan sendirinya. Nisha tersenyum lalu melangkah masuk tanpa berfikir apa-apa.
Sementara Hajar melihat sekeliling, kelihatan begitu banya kotak yang berisi barang perhiasan rumah harus di susun mengikut cita-rasa sendiri. Hajar membuka satu-persatu kotak dan yang berisi perhiasan rumah dan dimasukkan ke dalam almari hiasan yang sudah pun berada di penjuru dinding, manakala Mahmud yang sudah bertungkus-lumus tadi sedang membersihkan diri di bilik air belakang bahagian dapur.
Setelah mereka menikmati makan malam, Mahmud dan Hajar memutuskan untuk tidur sahaja kerana tenaga yang sudah digunakan tadi perlu diganti dengan yang baru supaya dapat menyambung tugas seharian pada esok hari. Hajar menarik tangan Nisha ke tingkat atas, lalu membuka tombol pintu yang berada di bahagian hujung sekali tetapi Nisha menarik tangannya semula dan berlari ke arah pintu yang berada di bahagian tepi tangga. Hajar hanya tersenyum lalu mengikut anaknya daripada belakang. Sebaik sahaja berada di muka pintu Hajar terkejut kerana ada seorang lagi budak perempuan berada di dalam bilik itu berdiri di birai katil, manakala Nisha sedang melompat-lompat di atas katil itu dengan gembira. ” Nisha!,” pekik Hajar lalu memeranjatkan Nisha yang berada di atas katil.
“apa yang bising malam-malam ni?,” Mahmud yang menaiki tangga dengan pantas sebaik sahaja terdengar jeritan isterinya. Hajar tidak mampu bersuara tetapi jari telujuknya mengarahkan ke birai katil. Mahmud memandang ke arah itu hanya Poko yang berada di atas lantai dan Nisha sedang kaku di atas katil. “sudah, pergi tidur.” Mahmud mengarahkan isteri dan anaknya untuk masuk tidur. Hajar yang mahu menjelaskan sesuatu tetapi tidak diendahkan oleh suaminya dan Mahmud hanya berfikir yang isterinya hanya keletihan.
Hajar tidak dapat melepapkan matanya, dia tahu apa yang dilihatnya tadi adalah benar. Hajar menoleh kepada suaminya yang nyenyak tidur di sebelah. Hajar bangun dan mahu pergi menemui anaknya yang berada di dalam bilik bersebelahan tangga itu. Hajar memulas tombol pintu perlahan, kelihatan anaknya berada diatas katil tidur nyenyak, dia merapatkan diri kepada anaknya itu lalu mengusap-usap rambutnya anaknya yang panjang. Sedang asyik melakukan perkara yang sama berulang kali, hajar perasan sesuatu yang pelik.
Rambut anaknya kusut dan kotor, kelihatan basah diatas katil. Hajar memberanikan diri membuka selimut yang berada di badan anaknya itu, alangkah terkejutnya hajar apabila melihat ada dua orang budak perempuan yang berada diatas katil, seorang yang dilihatnya tadi dan seorang lagi menutup seluruh tubuhnya di dalam selimut. Hajar mahu menjerit tetapi kehilangan suara di peti suaranya. Mulutnya ternganga luas, kerongkongnya tersekat seperti ada sesuatu benda yang besar tersekat disitu dan susah mahu dikeluarkan. Jantungnya berdegup laju kakinya kaku tidak dapat bergerak, matanya bagai di paku melihat ada dua budak perempuan diatas katil itu sedang nyenyak tidur, lalu mereka berdua terjaga daripada tidur dan memanggil Hajar serentak,
“mama.” “haahgh!, Hajar bangun daripada sedar, dia memegang lehernya seolah-olah mendapat suaranya semula setelah sudah mencuba sedaya upaya untuk mengeluarkannya daripada kotak suara, Hajar melihat sekeliling dan dia sekarang berada di atas katil bersebelahan suaminya yang nyenyak di ulit mimpi, di sapu peluh yang berada di dahi lalu meneguk air yang berada di sebelah katil bagi menghilangkan rasa perit di kerongkong. ” aku mimpi rupanya,” pujuk hati kecil Hajar, lalu beristighfar. Hajar menyambung tidurnya semula yang terganggu tadi tanpa memikirkan apa-apa.
Nisha memeluk erat Poko di dalam dakapannya matanya tidak dapat dipejamkan walaupun sudah berkali-kali Nisha cuba tetapi tidak berjaya, ini tidur mungkin kerana dia sudah nyenyak tidur petang tadi. Nisha terdengar sesuatu bunyi diluar pintu bilik itu memanggil namanya, Nisha mahu menyahut tetapi hanya angin yang keluar daripada tekaknya yang sempit. “Nisha..” sayup-sayup bunyinya namun suara itu tidak pernah hilang daripada pendengaran Nisha. Nisha mulakan langkah pertama dengan membuka pintu bilik itu, namun tiada sesiapa yang dilihatnya mamanya mahupun papanya, lalu Nisha mengambil keputusan untuk menutup semula pintu bilik itu tetapi kedengaran hilai tawa seorang budak perempuan yang riang. Nisha mahu melihat siapa agaknya yang sedang bermain di tingkat bawah lalu dia memberanikan diri untuk turun ke bawah.
Nisha melihat seorang budak perempuan agak sebaya dengannya melambai-lambaikan tangannya untuk mengajak Nisha mengikut bersamanya, Nisha tersenyum lalu menuju kearah budak perempuan itu dengan riang. Nisha melihat budak itu basah kuyup bajunya agak lusuh dan kotor, wajahnya pucat dan rambutnya panjang dan kusut. “mari main dengan aku..” kata budak itu tiba-tiba lalu Nisha mengangguk.
Hajar terdengar riuh rendah di halaman rumahnya lalu melihat jam di dinding menunjukkan pukul tiga pagi. Hajar memberanikan diri untuk menjenguk keluar tingkap, alangkah terkejutnya Hajar melihat anaknya sedang bermain-main di kawasan rumah itu. Hajar bergegas menuruni anak tangga dan menuju ke pintu utama tetapi berkunci dia cepat-cepat membuka pintu itu dan menyelinap keluar sepantas kilat, tetapi anaknya tiada di situ. Puas Hajar menjerit tetapi tiada sesiapa di halaman rumah itu. Hajar bergegas ke bilik Nisha tetapi hampa Nisha tidak di jumpai.
“Abang,” Hajar mengerakkan tubuh kaku suaminya diatas katil yang sedang tidur. “anak kita dah hilang.” Hajar tanpa berfikir panjang meluahkan segala yang berada di dalam hati. Mahmud yang baru bangun hanya terpinga-pinga. “kenapa ni?,” sepatah ayat daripada Mahmud. “anak kita hilang,” ulang Hajar tetapi kali ini agak menjerit.
Mahmud mendengus kuat lalu bangun seperti terpaksa, mancapai baju lalu terus memakainya. “anak kita tak ada dalam bilik,” tanpa bertanya Hajar sudah menyambung lagi kali ini dengan deraian air mata. Mahmud tanpa lengah terus keluar bilik dan menuju ke bilik anaknya itu, tetapi hampa tiada sesiapa di situ. Hajar hanya mengikut dari belakang hanya menangis teresak-esak. “kat mana nak cari dia?,” Hajar menyambung lagi. “awak boleh diam tak?,” Mahmud yang kusut tidak dapat berfikir dengan tenang apabila ditanya berbagai soalan daripada isterinya.
Matahari terbit memancarkan sinarnya, pagi yang sepatutnya disambut ceria tetapi sebaliknya oleh keluarga Mahmud, setelah beberapa jam mencari anaknya orang ramai menemui anaknya berhampiran semak di kawasan perumahan itu dalam keadaan anaknya basah kuyup. Mahmud dan isterinya tidak tahu apa punca dan bagaimana anaknya berada di sana sedangkan mereka sedang nyenyak tidur.
Salleh menasihatkan Mahmud supaya jangan tinggal solat dan selalu membaca ayat suci al-quran memandangkan dia masih baru di tempat itu. Mahmud hanya mengangguk lesu, dia membuat keputusan untuk menghantar Nisha dan isterinya Hajar pulang ke kampung buat sementara waktu dan melupakan perkara yang tidak diingini itu. Hajar hanya mengikut sahaja jika itu adalah yang terbaik buat anaknya Nisha.
Nisha yang dibawa ke hospital untuk rawatan yang seterusnya telah dirawat dengan baik, Hajar yang menjaga anaknya siang dan malam tidak henti, bimbang akan perubahan sikap anaknya sejak kebelakangan itu. Nisha tidak mahu makan dan suka duduk dibirai katil sambil kakinya berjuntai jika di biarkan Nisha akan melakukan perkara yang sama setiap hari. Hajar semakin pelik dengan tingkah laku Nisha itu. Doktor juga menasihatkan Mahmud dan Hajar supaya banyak bersabar kerana itu mungkin kesan daripada kejadian itu yang membuatkan anaknya trauma.
Hajar mahu memulihkan anaknya seperti biasa lalu dia membawa semula setiap kenangan manis bersamanya, Hajar membawa album gambar kenangan mereka bersama dan juga hadiah pemberiannya sewaktu ulang tahun Nisha ke empat iaitu Poko. Hajar perlahan-lahan memasuki wad dan mendekati Nisha yang berada di hujung katil. “Nisha, tengok apa yang mama bawa.” sambil menghulurkan album gambar mereka sekeluarga dan patung kesayangannya.
Nisha hanya melihat dengan ekor matanya dan terus menoleh ketempat lain, Hajar tidak berputus asa dan menghulurkan Poko ke arah Nisha tetapi ditepis kuat olehnya sehinggakan Poko terpelanting ke lantai. “Nisha!!,” Hajar hilang sabar dengan tingkah laku anaknya itu. “Panggil aku..Rita,” jerit Nisha tiba-tiba dengan matanya yang merah di bulatkan besar memandang tajam kepada Hajar yang kaku di situ. Hajar tidak mengeluarkan sepatah kata kerana dia tahu ada sesuatu yang tidak kena kepada anaknya Nisha kerana anaknya itu seorang yang bisu.