Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Panggil saya Nadeera sahaja’

    Panggil sahaja Nadeera. Itu keputusan penyanyi meningkat naik, Nadeera, 30, yang kini mahu dikenali dengan satu nama tunggal dalam apa yang boleh dianggap penjenamaan semula karier seninya.

    Nadeera atau nama sebenar, Farah Nadeera Zaini berkata panggilan lain seperti Nadeera Zaini, Farah Nadeera, Nadeera Mentor Legend, Nadeera Lagu Cinta Kita dan Nadeera Big Stage yang sering diberi peminat dan media sebelum ini, tidak mahu lagi diguna pakai.

    “Selepas berbincang dengan syarikat pengurusan Woodwind Records dan bertanya pendapat golongan profesional, saya sekarang mahu dikenali dengan satu nama sahaja, iaitu Nadeera.

    “Saya percaya langkah ini boleh memberi nafas baharu terhadap karier seni. Saya harap penjenamaan semula ini membawa tuah,” katanya pada sidang media maya mengumumkan Konsert Cakra Khan Live In Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Nadeera mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk melebarkan sayap di nusantara, malah, ke peringkat antarabangsa.

    “Woodwind Records bakal tampil dengan pelbagai idea segar dan mengelola kerjaya muzik bakat berpotensi,” katanya.

    Berkongsi lanjut mengenai single baharu, Nadeera yang berasal dari Johor, menghadiahkan lagu berjudul Emas buat peminat selepas muncul juara musim kelima, Big Stage. – Agensi

    Nadeera mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk melebarkan sayap di nusantara, malah ke peringkat antarabangsa. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda