Friday, September 20, 2024
35.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Panik, tamak antara punca mangsa scam semakin meningkat

    PUTATAN, 28 DIS – Panik ketika menerima panggilan dan sifat tamak untuk memperoleh pulangan pelaburan tinggi menjadi antara punca jumlah mangsa kes jenayah ‘scam’ atau penipuan dalam talian semakin meningkat, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

    Beliau berkata lebih 1,000 mangsa scam direkodkan dari Januari hingga November lepas di Sabah melibatkan jumlah kerugian mencecah hingga puluhan juta ringgit.

    “Ia (penipuan) tidak memilih mangsa, ada yang berpangkat tinggi dan ada berpangkat rendah.

    Salah satu puncanya adalah rasa panik masyarakat apabila menerima panggilan. Keduanya rasa tamak ingin mendapat sesuatu yang lebih.

    “Apabila membuat sesuatu pelaburan dalam jumlah sedikit, bila scammer tawar keuntungan lebih tinggi, memandangkan (mangsa) sudah rugi sedikit, jadi dia cuba ‘kejar’ kerugian itu sehingga menyebabkan semakin banyak wang hilang,” katanya kepada pemberita selepas program kepolisan komuniti dan karnival keselamatan jalan raya di sini, hari ini. – Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda