Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Panjang lebar Raf Yaakob cerita jumpa ‘kekasih’ lama

    Pengakuan bekas suami pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob mencuri perhatian apabila mendedahkan berasa gugup selepas bertemu dengan ‘kekasih’ lama yang terpisah sejak 15 tahun lalu.

    Memetik laporan mStar, Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 39, berkata, mereka sebelum ini pernah menjalinkan hubungan selama 10 bulan sekitar tahun 2009 namun terpaksa berpisah disebabkan gagal memberikan komitmen.

    “Ya saya bertemu dengan seseorang. Kami bercinta pada 2009 dan 10 bulan selepas itu kami mengambil keputusan memutuskan hubungan tersebut,” katanya.

    Raf berkongsi perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instagram miliknya, kelmarin.

    Dalam pada itu, Raf dalam tulisannya memberitahu beliau sudah beberapa kali terserempak dengan bekas kekasihnya dan berfikir sama ada ingin meneruskan kembali hubungan mereka.

    Raf menggambarkan bekas kekasihnya itu mempunyai kulit yang cerah selain mempunyai darah campuran yang berjaya menambat hatinya.

    “Waktu itu saya tidak dapat memberikan komitmen tetapi saya beberapa kali ada berjumpa dengannya. Tapi dari jauhlah. Fuh jantung berdegup kencang kerana teringat zaman bercinta dulu.

    “Kami mempunyai keserasian yang baik. Kulitnya putih melepak dan mempunyai darah campuran. Cara dia bercakap juga seksi,” ujarnya.

    Pun begitu, Raf rupa-rupanya bergurau memberi gambaran tentang kereta idamannya iaitu Nissan Skyline R35 GTR yang pernah digunakan sebelum ini.

    Malah kereta berkenaan turut menjadi latar kepada foto dirinya yang dikongsi di Instagram.

    “Dia berjaya membuatkan dunia saya berpusing. Mungkin saya perlu kembali mendekatinya, entahlah. Patutkah saya berbuat demikian?

    “Oh ya, dia ada di belakang saya. Saya melihatnya di Netflix dalam filem Gran Turismo,” katanya.

    Untuk rekod, Raf dan Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, mendirikan rumah tangga pada 2017.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang kini berusia 10 bulan.

    Bagaimanapun, Mawar mengesahkan sudah bercerai dengan Raf pada November tahun lalu disebabkan sudah tiada persefahaman. – Agensi

    Raf Yaakob bergurau soal berjumpa dengan kekasih lama. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...