Oleh Yusrin Junaidi Gambar serahan Kementerian Pertahanan BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), hari ini, telah mengadakan majlis kesyukuran untuk menyambut kepulangan Kontinjen ABDB ke-16 bagi Pasukan Pemantau Antarabangsa – Mindanao (PPA-M16) dan Kontinjen Brunei di bawah Batalion Malaysia (MALBATT) 850-7 untuk Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).