Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    Panjat syukur hari puja usia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JULAI – Sempena memperingati Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ke-41 Tahun, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah di Masjid Ash-Shaliheen.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai, diikuti dengan bacaan Doa Khas Sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Puja Usia DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ke-41 Tahun yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Ash-Shaliheen, Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran.

    Majlis kemudian diakhiri dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku tetamu khas dan Ketua Hakim Syar’ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Majlis Doa Kesyukuran itu diadakan sebagai tanda merafakkan syukur dan seterusnya berdoa ke hadrat Allah SWT agar melimpahkan kurnia kesihatan, panjang umur dan kesejahteraan ke hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia dan juga kerabat diraja lainnya.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi semasa hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...