MANILA – Selama bertahun-tahun, populariti Pulau Siargao semakin berkembang, pada mulanya disebabkan oleh kepelbagaian pemainan luncur air, terutamanya ombak tinggi Cloud 9 yang terkenal di dunia.
Disebabkan itu, pulau tersebut telah menjadi penganjur tahunan kepada ratusan peluncur air dari seluruh dunia.
Pulau permata Siargao itu bukan sahaja menjadi tumpuan peluncur air, akan tetapi pelancong tempatan dan antarabangsa turut berpusu-pusu datang ke pulau itu, dengan kadar pelancongan meningkatkan sehingga lebih 300 peratus, menurut laporan. Pada 2023, Siargao merekodkan 529,822 ketibaan pelancong, sekitar 90 peratus daripadanya adalah pelancong domestik. Daripada jumlah itu, lebih 53,000 adalah pengembara asing, meningkat 500 peratus berbanding pada tahun 2022.
Orang ramai secara berterusan kembali ke Siargao disebabkan oleh keaslian pantai di pulau itu, kaya dengan pemandangan alam semula jadi yang sangat cantik dan secara keseluruhannya tidak terlalu mahal.
Baru-baru ini, pulau itu menjadi tajuk utama di luar aktiviti luncur air, ketika penerbitan pengembaraan global seperti Conde Nast dan Lonely Planet menamakan pulau itu antara destinasi utamanya di Asia Tenggara.
Jabatan Pelancongan berpendapat bahawa pulau itu boleh melonjakkan Filipina untuk menjadi kuasa pelancongan di rantau ini.
Siargao juga telah menjadi imej poster untuk gaya hidup, diindahkan lagi dengan ombak biru kristal dan langit yang cerah serta dikelilingi oleh kehijauan flora pulau tropika yang kaya. Ia menjadi destinasi ideal untuk pelbagai pengembara, masing-masing dengan pelbagai keperluan dan keutamaan.
Selain daripada peluncur air yang ingin mencari keseronokan dan pelancong yang mendambakan rekreasi dan rehat, Siargao kini telah meletakkan dirinya sebagai tempat kerja terpencil yang memberikan inspirasi dan semangat untuk nomad digital, di samping syurga bagi pengembara yang ingin mengenal pasti budaya tempatan, keindahan semula jadi serta makanan asli. Pemandangan di pulau tersebut sangat memukau, begitu juga ganjaran yang boleh diperolehi daripada perjalanan ke pulau tersebut.
Apabila melawat destinasi pulau, tiada yang lebih baik untuk tinggal di tepi pantai. Siargao gah dengan pantainya, jadi tidak perlu risau untuk mendapatkan akses paling mudah ke sana.
Di bandar General Luna, di bahagian timur pantai pulau itu (di sepanjang Jalan Pelancongan) terdapat sebuah hotel tepi pantai menarik yang menggabungkan keindahan semula jadi pulau itu dengan kemudahan yang indah.
Dibangunkan dengan kerjasama antara Paradise Bed and Brew Corporation dan usahawan tempatan Jerry Garcia, Charles Tiu, dan Kim Honasan, Hotel Katig Beachfront Boutique menawarkan rasa eksklusif dan ketenangan, tanpa terlalu jauh daripada kemudahan bandar luncur yang berkembang maju.
Perjalanan ke tempat meluncur Cloud 9 dari Katig hanya mengambil masa enam hingga tujuh minit. Hanya dengan beberapa langkah keluar dari hotel telah kelihatan pantai yang bakal melayan tetamu dengan pemandangan laut yang menakjubkan di mana ia menghadap ke Lautan Pasifik yang luas.
Malah, pengunjung di Katig boleh menikmati pelbagai sukan air dan aktiviti di tepi pantai, daripada meluncur air dan luncur angin hingga ke papan layang.
Hotel tersebut mempunyai 11 bilik yang direka dengan teliti, setiap satu menawarkan pemandangan yang menakjubkan. Bilik-bilik berkenaan memenuhi keperluan pelbagai pengunjung dan menawarkan pengalaman unik. Bilik taman tepi pantai sebagai contoh, mempunyai teres taman peribadi, manakala bilik pemandangan laut menawarkan pemandangan luas dari balkoni.
Keluarga yang melancong ke pulau itu juga boleh menikmati bilik yang boleh menempatkan sehingga lima pengunjung dengan selesa, atau bilik bersebelahan yang boleh menawarkan ruang privasi.
Selain daripada bilik-bilik yang ditempah khas itu, kemudahan Katig juga sangat sesuai untuk pengunjung yang menjadikan Siargao sebagai pulau berehat singkat mereka. Hotel tersebut menyediakan internet berkelajuan tinggi, terutamanya memudahkan mereka yang bekerja dari jauh, manakala mereka yang benar-benar mencari percutian pulau boleh menikmati restoran dalaman hotel, yang menawarkan makanan terbaik tempatan dan antarabangsa. – ANN/Inquirer.Net