Monday, February 3, 2025
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah

    MERSING, 2 FEB – Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.

    Tinjauan Bernama mendapati pantai yang popular dalam kalangan penduduk setempat itu meriah dengan kehadiran pengunjung selain kebanyakan resort dan chalet dilihat menerima sambutan menggalakkan meskipun masih lagi dalam fasa Monsun Timur Laut (MTL).

    Pengurus Kampung Stay Teluk Buih, Mohamad Asyraf Johari berkata resort yang menawarkan lapan bilik jenis vila berkembar dan dua unit vila itu habis ditempah hampir setiap hari sejak cuti sekolah bermula pertengahan bulan lepas.

    “Kita menerima ramai pelancong dari Singapura dan Johor Bahru terutama kaki pancing serta penggemar sukan mountain bike yang setiap kali ada latihan atau acara di Bukit Selantai, mereka memilih untuk menginap di sini.

    “Ada yang datang bersama keluarga dan rakan-rakan, malah sebahagian yang menginap hanya untuk tidur dan keluar awal pagi untuk pergi memancing manakala isteri dan anak-anak mereka bersantai di sini,” katanya ketika ditemui Bernama.

    Mohamad Asyraf berkata resort di bawah pengurusan Majlis Daerah Mersing itu, turut menjadi tumpuan pengunjung yang ingin mendapatkan hasil laut segar seperti ikan, udang, ketam dan sotong berikutan terletak berhampiran pasar nelayan. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda