Monday, June 24, 2024
22.1 C
Brunei

    -

    Pantai di Singapura ditutup kerana tumpahan minyak

    SINGAPURA, 15 JUN – Sebahagian kawasan pantai di Taman East Coast Singapura ditutup sehingga dimaklumkan kelak bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak susulan insiden perlanggaran kapal di Terminal Pasir Panjang pada hari Jumaat.

    Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Taman Negara (NParks) dan  Sentosa Development Corporation (SDC) dalam satu kenyataan bersama pada Sabtu memaklumkan kawasan yang terlibat membabitkan Kawasan B hingga H.

    Jeti dan pantai berbatu di Kawasan Alam Semula Jadi Simpanan Labrador Hutan Simpanan Labrador juga akan ditutup.

    Sementara itu, Pantai Tanjong, Palawan dan Siloso di Sentosa kekal dibuka kepada orang ramai, namun sebarang aktiviti laut dan renang tidak dibenarkan untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan.

    Restoran, trek, padang dan laluan berbasikal kekal dibuka.

    NEA turut memantau kualiti air di pantai-pantai lain, menurut kenyataan itu.

    Dalam insiden pada hari Jumaat, sebuah kapal korek yang berdaftar di Belanda, VOX MAXIMA dan kapal yang berdaftar di Singapura, MARINE HONOUR terlibat dalam perlanggaran di Terminal Pasir Panjang hingga mengakibatkan tumpahan minyak dari tangki yang rosak dan tindakan segera telah diaktifkan.

    Tumpahan minyak berjaya dikawal dan tiada lagi kebocoran dikesan sejak petang Jumaat.

    Bagaimanapun, akibat arus pasang surut, minyak yang telah dirawat kini dikesan di sepanjang pantai termasuk Sentosa, Kawasan Alam Semula Jadi Simpanan Labrador Hutan Simpanan Labrador, Southern Islands, Marina South Pier dan Taman East Coast.

    Tumpahan minyak juga dikesan di perairan sekitar Taman Marin Sisters’ Island, menurut kenyataan itu.

    Pusat Operasi Kecemasan diketuai MPA telah ditubuhkan melibatkan wakil-wakil agensi-agensi utama untuk menyelaraskan usaha seluruh kerajaan.

    Pihaknya juga akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

    Sebanyak 18 kapal tindak balas telah dikerahkan oleh MPA, PSA, Singapore Salvage Engineers, Tian San Shipping, dan T&T Salvage untuk melaksanakan usaha pengawalan dan pembersihan di laut.

    Hampir 1,500 meter penghalang kontena telah digunakan dan lebih banyak akan dipasang dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi menghalang minyak merebak ke pantai dan memudahkan pemulihan minyak yang terperangkap di pantai serta lagun yang terjejas.

    NParks juga telah memasang penghalang penyerap minyak untuk melindungi Berlayer Creek dan pantai berbatu di Kawasan Alam Semula Jadi Simpanan Labrador Hutan Simpanan Labrador.

    Penghalang penyerap minyak juga telah dipasang di Taman West Coast untuk melindungi hutan bakau di Taman Rawa. – Bernama

    Pekerja membersihkan tumpahan minyak di sepanjang kawasan Pantai Tanjong Sentosa di Singapura, pada hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China, Perancis lancar satelit pantau letupan sinar gamma

    CHINA, 23 JUN – Satelit Perancis-China telah dilancarkan kelmarin di mana ia merupakan misi untuk mencari letupan cahaya terbesar di dunia dalam usaha kerjasama...