Tuesday, April 22, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pantai dikosongkan di tengah laporan adanya bahan letupan

    MADRID, 25 OGOS – Pihak berkuasa di Barcelona mengosongkan salah satu pantai popular di bandar Sepanyol hari ini selepas laporan mengenai kemungkinan adanya bahan letupan di sana, walaupun laporan itu menunjukkan ia satu peranti perang yang lama dan berada dalam air di luar pantai.

    Polis dalam Twitternya mengatakan ‘kemungkinan alat peranti letupan telah ditemui’ oleh para pegawai di pantai Sant Sebastia, kira-kira satu kilometer dari kuarters Gothic yang terkenal di bandar itu. Rangkaian TV Barcelona, Beteve melaporkan pantai itu telah dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga, sementara para pengunjung tidak dibenarkan berada di kawasan laut tersebut.

    Ia memetik beberapa sumber tidak dikenal pasti yang mengatakan peranti itu disyaki bom yang telah ditinggalkan semasa perang saudara Sepanyol.

    Agensi berita swasta, Europa Press berkata polis tidak dapat mengesahkan dari mana peranti itu namun memaklumkan ia bukan dari tahun-tahun kebelakangan ini.

    Peranti itu berada pada kedalaman hampir tiga meter dan kira-kira 25 meter luar pantai, kata Europa Press. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda