Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pantai Los Angeles ditutup hujung minggu ini

    LOS ANGELES, 30 JUN – Pantai Los Angeles akan ditutup untuk cuti hujung minggu pada 4 Julai, kata pegawai, tatkala negara mencatat lebih 100,000 kes koronavirus semalam.

    Keputusan untuk menghalang pengunjung membanjiri pantai berpasir bandar California diambil apabila negeri Los Angeles melaporkan 2,903 kes baharu.

    “Kami tidak boleh mengambil risiko mempunyai orang ramai di pantai pada cuti hujung minggu ini,” tulis penyelia daerah Janice Hahn di Twitter.

    Penutupan sementara akan bermula dari Jumaat hingga Isnin.

    COVID-19 masih melanda seluruh AS, yang mencatat lebih 125,000 kematian dan 2.5 juta kes.

    Negeri AS yang paling teruk terjejas kini adalah di selatan dan barat, termasuk California. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda