Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pantai Mediterranean Sepanyol sedia hadapi hujan lebat

    MADRID, 10 OKT – Pantai Mediterranean Sepanyol kelmarin bersiap sedia menghadapi hujan lebat berterusan selepas amaran ‘risiko luar biasa’ dikeluarkan untuk wilayah Alicante di rantau Valencia, lokasi yang pernah dilanda banjir besar tahun lalu.

    Agensi cuaca negara AEMET mengeluarkan amaran merah tertinggi bermula jam 10 pagi hari ini di wilayah pesisir timur Alicante serta rantau bersebelahan, Murcia.

    “Risiko luar biasa. Banjir dan banjir kilat mungkin berlaku. Ikuti arahan pihak perlindungan awam,” tulis agensi berkenaan di platform X.

    Pejabat cuaca menjangkakan jumlah hujan melebihi 140 milimeter dalam tempoh 12 jam, terutamanya di Valencia.

    Di Murcia, pihak berkuasa mengumumkan penutupan universiti dan sekolah di lebih 10 majlis perbandaran hari ini sebagai langkah berjaga-jaga.

    Pihak berkuasa wilayah Valencia turut menghantar amaran menerusi telefon kepada penduduk Alicante supaya meningkatkan tahap kewaspadaan.

    Manakala pasukan bomba di wilayah itu melaporkan kira-kira 100 insiden berkaitan hujan.

    Lapangan Terbang Alicante turut terjejas dengan kelewatan dan penangguhan penerbangan, menurut pengendali Aena.

    Syarikat kereta api nasional Renfe pula menawarkan pertukaran dan pembatalan tiket secara percuma bagi beberapa laluan ketika orang ramai dinasihat mengelak perjalanan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda