Friday, February 7, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pantai-pantai mula dikunjungi semula

    PATTAYA, THAILAND, 1 JUN – Orang ramai kembali mengunjungi pantai-pantai berpasir terkenal di Thailand hari ini, menjaga jarak sosial dengan menikmati udara segar, ketika pihak berkuasa melonggarkan beberapa sekatan akibat koronavirus buat pertama kali dalam masa lebih dua bulan.

    Di Pattaya, pengunjung teruja menyaksikan kejernihan air pantai yang berwarna firus biru di Teluk Thailand, ketika pesara-pesara bersemangat untuk berlatih di sepanjang pantai itu.

    Peraturan jarak sosial masih dikenakan, dengan pihak berkuasa mengarahkan pengunjung untuk menjarakan diri kira-kira satu meter (tiga kaki).

    Ekspatriat Jerman, Heidi Glemeau, salah seorang pengunjung pertama yang menyelam pada awal pagi, berkata dia berhenti setelah terpandang pantai terbuka yang kosong itu semasa perjalanannya ke tebing itu. “Saya tidak dapat menolak godaan tersebut. Ia menjadi sebuah syurga yang sama ketika ia 30 tahun yang lalu,” ujarnya kepada AFP. – AFP

    Seorang wanita berdiri dekat pantai di Pattaya pada 1 Jun. Orang ramai berduyun-duyun ke beberapa pantai terkenal di Thailand pada 1 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda