Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pantai Tanjung Aru, lokasi baharu penyu mendarat

    LABUAN, 21 FEB – Pantai Kampung Tanjung Aru di sini menjadi kawasan pilihan untuk penyu mendarat berikutan penemuan dua ekor penyu hijau yang tergolong dalam spesies terancam, baru-baru ini.

    Pengarah Jabatan Perikanan Labuan, Faizal Ibrahim Suhaili berkata antara faktor yang mendorong haiwan marin itu mendarat di pantai berkenaan berikutan kurangnya aktiviti manusia di kawasan tersebut.

    “Pantai ini telah menjadi tempat kegemaran pendaratan penyu hijau, akhir bulan lepas seorang pemancing menemukan seekor penyu hijau yang terkandas dan melepaskannya ke laut.

    “Minggu lepas seorang penduduk menyelamatkan seekor lagi reptilia itu di pantai yang sama, kami percaya penyu berkenaan memilih tempat yang sesuai untuk bertelur di sekitar pantai,” katanya kepada Bernama hari ini. Beliau berkata pegawai jabatannya akan memantau kawasan itu jika penyu membuat sarang atau bertelur di pantai berkenaan. – Bernama

    Menurut Faizal Ibrahim, seorang penduduk telah menyelamatkan seekor penyu di pantai berkenaan pada minggu lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda