LABUAN, 21 FEB – Pantai Kampung Tanjung Aru di sini menjadi kawasan pilihan untuk penyu mendarat berikutan penemuan dua ekor penyu hijau yang tergolong dalam spesies terancam, baru-baru ini. Pengarah Jabatan Perikanan Labuan, Faizal Ibrahim Suhaili berkata antara faktor yang mendorong haiwan marin itu mendarat di pantai berkenaan berikutan kurangnya aktiviti manusia di kawasan tersebut.