Sunday, November 24, 2024
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pantai timur Sabah selamat, terkawal

    KUALA LUMPUR, 5 NOV – Situasi keselamatan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal, walaupun terdapat 14 negara yang masih belum menarik balik nota nasihat perjalanan yang melarang rakyat mereka daripada melancong ke kawasan tersebut, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan bahawa Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sentiasa komited dan bersiap siaga untuk mempertahankan kedaulatan, menjamin keselamatan, serta memelihara ketenteraman awam di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

    “Untuk memastikan bahawa nasihat perjalanan ke pantai timur Sabah adalah selamat, beliau berkata antara pendekatan yang diambil termasuk menjenamakan semula terma Perintah Berkurung di kawasan perairan daerah di ESS Zone kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ESS Zone Sabah, yang berkuat kuasa mulai 18 Oktober lepas.

    “Program libat urus dan tinjauan keselamatan secara berkelompok atau sehala dengan perwakilan asing, kedutaan, dan pesuruhjaya tinggi di Malaysia di lokasi-lokasi tertentu telah dilaksanakan untuk memberikan gambaran yang tepat mengenai keadaan keselamatan di ESS Zone,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

    Beliau menjawab soalan Datuk Seri Madius Tangau (PH-Tuaran) mengenai langkah-langkah yang diambil untuk memastikan tiada lagi nota nasihat perjalanan ke pantai timur Sabah serta perbelanjaan ESSCOM sejak penubuhannya hingga kini. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 9 September 2022 menunjukkan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkawal di menara tinjau yang terletak di Pulau Kapalai. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda