Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pantai Usuiso, Fukushima dibuka semula

    IWAKI, Wilayah Fukushima, 18 Julai – Selepas hampir tujuh tahun ditutup akibat gempa bumi dan Tsunami serta bencana Loji Jana Kuasa Nuklear pada Mac 2011, pantai Usuiso di Iwaki, Wilayah Fukushima akhirnya dibuka semula pada Sabtu.

    Menurut agensi berita Jepun Jiji Press, pantai itu dibuka semula selepas kerja-kerja membina benteng selesai dan hasil pemeriksaan radiasi air laut disahkan selamat.

    Usuiso yang terletak di pantai Pasifik, antara pantai terbesar di wilayah timur laut Jepun, menerima kunjungan hampir 260,000 orang pada 2010.

    Upacara pembukaan semula pantai itu dihiasi dengan acara tarian Hula oleh pelajar sekolah menengah.

    Tarian Hula amat terkenal di Iwaki dan sebuah filem menceritakan mengenai “Hula Girls” juga pernah popular sekitar tahun 2006. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda