KATHMANDU, 20 APRIL – Seorang pendaki India diselamatkan hidup-hidup hari ini dari salah satu gunung paling berbahaya di dunia di Nepal, tiga hari selepas dia hilang di celahan.
Anurag Maloo, 34, sedang turun dari kem di Annapurna pada hari Isnin apabila dia jatuh ke dalam celahan pada ketinggian sekitar 5,600 meter.
Chhang Dawa Sherpa dari Seven Summit Treks memberitahu AFP bahawa Maloo telah jatuh 300 meter ke bawah celahan di atas gunung setinggi 8,091 meter dan telah diangkat keluar oleh lapan orang sepasukan.
“Keadaannya kritikal dan dia telah dihantar ke hospital Pokhara untuk rawatan,” tambahnya, merujuk kepada bandar berhampiran. – AFP