KUALA LUMPUR, 1 Jan – Ibu bapa serta orang dewasa perlu sentiasa memantau anak mereka dan kanak-kanak lain ketika berada di kawasan pantai atau lokasi rekreasi air.
Ahli Majlis Keselamatan Aktiviti Air Negara (MKAA), Tan Sri Lee Lam Thye dalam kenyataan hari ini berkata orang dewasa bertanggungjawab memastikan keselamatan kanak-kanak sepanjang masa kerana mereka mungkin tidak menyedari risiko kemalangan di kawasan berkenaan.
Beliau berkata sering dilaporkan ada dalam kalangan ibu bapa yang membiarkan anak mereka bermain air tanpa sebarang pengawasan sehingga menyebabkan tragedi lemas yang menyayat hati.
“Walaupun musim tengkujuh kali ini tidak serius seperti beberapa tahun lepas, kita harus menanam azam di tahun baharu ini untuk mencapai sifar lemas atau sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah kes setiap tahun. – Bernama