Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Pantau anak yang bermain di taman permainan

    Insiden melibatkan kecederaan kanak-kanak semasa bermain di taman permainan dalam sebuah pasar raya terkenal menjadi tular dalam beberapa saluran media sosial, baru-baru ini.

    Ramai mengatakan taman permainan tersebut sudah banyak kali berlaku insiden yang tidak diingini.

    Kes terbaharu adalah seorang kanak-kanak tersepit jari sehingga memerlukan pembedahan.

    Di mana saja kanak-kanak bermain, pasti ada risiko berlakunya kejadian yang tidak diingini.

    Oleh itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dengan sentiasa memantau anak-anak mereka semasa bermain dan mengajar mereka tentang langkah-langkah keselamatan asas.

    Mereka juga perlu memastikan anak-anak menggunakan peralatan permainan dengan cara yang betul dan sesuai dengan usia mereka bagi mengurangkan risiko kecederaan.

    Pada masa yang sama, pihak pemilik taman permainan perlu bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan pengguna dengan melakukan penyelenggaraan secara berkala terhadap semua peralatan permainan. Pemeriksaan menyeluruh harus dijalankan bagi mengenal pasti sebarang kecacatan atau kerosakan yang boleh membahayakan kanak-kanak.

    Selain itu, penyediaan papan tanda keselamatan yang jelas dan pemantauan oleh petugas yang terlatih juga amat penting bagi menjamin keselamatan pengguna taman permainan. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah! Pantau anak abiskita.

    Hajah Zur

    Gambar Freepik
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Guru ditembak murid terima pampasan AS$10j

    WASHINGTON, 7 NOV - Seorang juri di Virginia kelmarin...

    Gempa bumi 6.3 magnitud landa Nusa Tenggara Timur, Indonesia

    JAKARTA, 27 OKT - Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud...

    Lelaki ditahan pukul kepala budak guna tukul besi

    HA TINH, VIETNAM, 20 OKT – Seorang lelaki berusia...

    Tragedi kehilangan anak ubah persepsi ibu bapa

    NEW YORK – Pada tahun 1979, Nils Johnson-Shelton mempunyai...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...