Merujuk pada pendapat pembaca bertajuk ‘Tinjau tangga gaji pekerja graduan’ ditulis Syafiq yang diterbitkan dalam Media Permata bertarikh 24 Mac lalu, saya amat bersetuju dengan pendapat penulis terhadap tangga gaji pekerja dalam sektor swasta yang jarang dibincangkan.
Pada pendapat saya, bukan sahaja tangga gaji yang kurang bersesuaian, malahan ada kalanya skop kerja juga lebih.
Sudah disuarakan kepada pihak pengurusan namun ada kalanya dimaklumkan akan dipertimbangkan atau tiada berita lagi kemudiannya.
COVID-19 tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak mengkaji semula perkara ini dan di sinilah peranan pihak berkenaan memantau kebajikan para pekerja graduan tempatan ini agar tetap terpelihara.
BANTU KAMI