Sunday, April 13, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pantau keberadaan anak-anak awda

    Dalam kemeriahan Syawal, adat kunjung-mengunjungi memang diraikan. Namun, bila lima remaja lingkungan 12 hingga 16 tahun yang tidak dikenali muncul di depan pintu dan lengkap berbaju Melayu, itu bukan lagi adat, tapi kadangkala boleh menimbulkan syak wasangka.

    Lebih menghairankan, mereka bukan sahaja ‘menyerbu’ satu rumah, malah waktu mereka berkunjung ini pun tidak kena pada masanya mereka datang ke rumah ketika kami baru pulang daripada bekerja dan baru hendak berehat sebentar.

    Kami memang tidak sampai hati untuk tidak menerima mereka tetapi kami suami isteri tertanya-tanya adakah ibu bapa mereka tahu bahawa anak mereka pergi beraya
    di rumah orang tanpa ditemani oleh orang dewasa.

    Ketika ditanya latar belakang masing-masing, mereka enggan menjawab secara jelas.

    Ketika kami bertanya kepada jiran-jiran, mereka turut mengongsikan pengalaman
    yang sama diserbu oleh remaja-remaja berkenaan.

    Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa memantau keberadaan anak-anak biskita kerana ditakuti perkara yang tidak diingini berlaku.

    Muqri

    Gambar AI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda