Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pantau kenaikan harga air mineral

    Sejak negara kita dikejutkan dengan penularan gelombang kedua COVID-19, rakyat dan penduduk di negara ini menyahut seruan kerajaan untuk ‘teranah di rumah’ sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan risiko jangkitan.

    Justeru, orang ramai hanya disarankan untuk keluar rumah jika mereka perlu melakukan perkara mustahak seperti membeli barangan keperluan. Sejajar dengan perintah ‘teranah di rumah’ ini, orang ramai masing-masing berlumba-lumba untuk mendapatkan bekalan ke-perluan harian mereka terutama barangan makanan.

    Dalam masa yang sama, bekalan-bekalan keperluan asasi ini mengalami kekurangan di beberapa kedai di negara ini sehingga ada peniaga-peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan jualan mereka.

    Salah satunya yang paling ketara meningkat harganya secara mendadak ialah air mineral. Sebelum berlakunya penularan gelombang kedua COVID-19, harga sekotak air mineral rata-rata di bawah $3, namun pada ketika ini melambung naik menjadi harga di bawah $4 dan lebih parah lagi ada kedai yang menjual dengan harga $4.50.

    Kenapa begitu mudah para peniaga menaikkan harga air mineral secara mendadak? Adakah semata-mata untuk mengaut keuntungan? atau memang benar bekalan berkurangan? Kenaikan harga secara mendadak ini lebih ketara apabila negara mengalami masalah air kekuningan.

    Tulung Pantau

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda