Friday, May 9, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pantau keselamatan kampung

    Oleh Hajah Saemah Kepli

    SERIA, 30 Okt – Rondaan pencegahan jenayah terus dilaksanakan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) bersama ahli-ahli pengawasan kejiranan (PK) dalam sama-sama menjaga keamanan dan keselamatan kampung.

    Di Daerah Belait, Balai Polis Sungai Liang bersama ahli-ahli PK kampung berkenaan telah menjalankan rondaan seumpamanya yang menumpukan kawasan Kampung Sungai Bakong, Sungai Kayu Ara sehingga Kampung Sungai Taring.Rondaan berkenaan melibatkan penyertaan Pemangku Ketua Kampung Lumut 1, Haji Abdul Aziz bin Haji Gani.

    Selain itu, rondaan turut diadakan di beberapa kawasan Kampung Labi 1 terutama di kawasan bangunan kerajaan, menara komunikasi serta rumah-rumah penduduk kampung yang telah dikendalikan oleh focal point Balai Polis Labi, Lans Koperal Muhd Izzat Izuddin bersama ahli-ahli PK Kampung Labi.

    Di Daerah Tutong, rondaan telah diadakan oleh ahli-ahli PK Kampung Panchong Lamunin bersama anggota Balai Polis Lamunin dengan diketuai oleh Ketua Kampung Panchong, Haji Muhd Shah Asnawi bin Abdul Rahim. Sepanjang rondaan di kesemua tempat berkenaan tidak menemukan sebarang kegiatan jenayah mahu pun yang menyalahi undang- undang di negara ini.

    Anggota PDB bersama ahli PK semasa membuat rondaan di kawasan kampung.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda