Friday, May 16, 2025
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pantau kesihatan anak setiap masa

    KANAK-KANAK terutama anak damit di bawah usia dua tahun amat mudah mengalami demam, batuk dan selesema.

    Ia antara masalah kesihatan paling kerap terjadi yang bukan sahaja menyebabkan si kecil berasa tidak selesa dan meragam hampir sepanjang masa, malah mengakibatkan ibu bapa tertekan akibat perlu berjaga sepanjang malam.

    Keadaan menjadi lebih teruk apabila gejala itu berserta kahak atau hingus yang banyak hingga menyebabkan si kecil sukar bernafas atau tercungap-cungap.

    Mengikut laporan di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), punca utama selesema dan batuk adalah disebabkan jangkitan virus pada saluran pernafasan di kawasan hidung, tekak dan laring. Biasanya virus ini mudah menyebabkan jangkitan berbanding 100 jenis virus lain.

    Mengupas mengenai jangkitan virus yang paling kerap terjadi kepada anak damit dan kanak-kanak, pegawai perubatan Dr Mohd Hanafi Abdull Habir berkata, mengikut pemerhatiannya kira-kira 90 peratus kanak-kanak dan anak damit dibawa ke hospital mahupun klinik disebabkan jangkitan virus itu.

    Ibu bapa yang mempunyai resdung, asma dan ekzema berisiko melahirkan anak yang mudah dijangkiti batuk dan selesema namun ia tidak terjadi pada semua. Walaupun jangkitan virus ini amat mudah berlaku, ibu bapa atau penjaga tidak perlu terlalu bimbang asalkan mendapat rawatan sewajarnya. – Gambar hiasan

    Menurutnya, batuk atau selesema terjadi berpunca daripada jangkitan kuman yang masuk ke saluran pernafasan.

    “Walaupun perkara ini sering dibincangkan sejak puluhan tahun lalu, kesedaran dan pengetahuan khususnya dalam kalangan ibu bapa perlu dipertingkatkan saban hari.

    “Paru-paru kanak-kanak di bawah usia dua tahun masih lemah dan disebabkan itu mereka golongan paling mudah dijangkiti virus ini,” katanya.

    Dr Mohd Hanafi yang juga pemilik Klinik Hanafi berkata, lebih membimbangkan apabila selesema atau batuk menyebabkan kanak-kanak atau anak damit kelihatan lemah, bernafas dengan laju atau tidak mahu menyusu dan makan.

    “Disebabkan jangkitan virus ini sering kali terjadi dikhuatiri ada di antara ibu bapa yang mengambil mudah dan tidak memberi rawatan sepatutnya.

    “Pantau keadaan semasa anak, sekiranya mereka menunjukkan tanda membimbangkan segeralah bawa ke klinik atau hospital berhampiran untuk mengelak risiko tidak diingini,” katanya.

    Kesedaran bersama

    Menurut Dr Mohd Hanafi, selain mendapat jangkitan daripada individu lain yang lebih dulu dijangkiti virus berkenaan, selesema dan batuk juga terjadi disebabkan faktor sekeliling.

    “Paling penting adalah faktor kebersihan terutama di kawasan rumah dan bilik tidur. Penapis alat pendingin hawa atau kipas perlulah dicuci selalu kerana ia juga antara penyumbang utama berlakunya selesema atau batuk.

    “Selain itu, ahli keluarga yang merokok perlu memainkan peranan dengan tidak merokok dalam jarak yang dekat dengan kanak-kanak atau anak damit. Sebaiknya merokok di luar rumah atau lebih baik, henti terus demi kesihatan ahli keluarga dan diri sendiri,” ujarnya.

    Menurutnya, bagi ibu bapa yang menghantar anak ke taska, tadika atau pusat pengasuhan kanak-kanak dinasihati supaya tidak menghantar anak yang sedang selesema atau batuk bagi mengelak virus daripada merebak dan menjangkiti kanak-kanak lain.

    “Oleh kerana ia masalah biasa, ramai ibu bapa memandang ringan perkara ini. Kesedaran semua pihak amat diperlukan dalam menangani penyebaran virus ini kerana ia boleh menjejaskan banyak pihak termasuk prestasi kerja ibu bapa. Selain itu, pengambilan vaksin wajib juga vaksin tambahan juga memainkan peranan dalam aspek kesihatan anak-anak,” katanya.

    Dr Mohd Hanafi berkata, mungkin ramai yang tidak tahu faktor genetik juga menjadi penyebab utama mengapa ada segelintir kanak-kanak amat mudah dijangkiti batuk atau selesema.

    “Ibu bapa yang mempunyai resdung, asma dan ekzema berisiko melahirkan anak yang mudah dijangkiti batuk dan selesema namun ia tidak terjadi pada semua.

    “Walaupun jangkitan virus ini amat mudah berlaku, ibu bapa atau penjaga tidak perlu terlalu bimbang asalkan mendapat rawatan sewajarnya,” ujarnya.

    Perhatikan tanda

    Dr Mohd Hanafi berkata, perhatikan keadaan anak yang mula menunjukkan tanda dijangkiti virus terutama apabila ia berlarutan selama tiga hari. Antara tanda yang perlu diperhatikan adalah:

    -Berlarutan lebih daripada dua atau tiga hari.

    -Tidak aktif atau sukar bernafas.

    -Batuk dan selesema yang berserta demam.

    -Kahak atau hingus yang bertukar kepada warna hijau atau kuning.

    -Virus terjadi selepas berjangkit daripada individu lain.

    -Bernafas dengan laju (kurang oksigen) atau kelihatan tercungap-cungap.

    -Tidak mahu menyusu atau makan.

    Rawatan

    Menurut Dr Mohd Hanafi, keadaan menjadi lebih teruk apabila kanak-kanak atau anak damit tidak tahu untuk membuang hingus atau kahak yang terkumpul.

    “Ia menyebabkan mereka tidak boleh tidur akibat sukar bernafas. Lebih membimbangkan apabila mereka menangis berterusan.

    “Selain ubat-ubatan yang sesuai dengan usia, saya juga menyarankan supaya rawatan sedut kahak dilakukan bagi membantu proses penyembuhan lebih cepat,” katanya.

    Dr Mohd Hanafi berkata, selain rawatan itu, ibu bapa juga disarankan untuk melakukan teknik mengewap pada bahagian dada.

    “Boleh panaskan periuk nasi yang berisi air dan limau atau bawang putih, selepas air mendidih, sejukkan seketika sebelum wap itu dihidu anak-anak yang selesema atau batuk dalam posisi tunduk.

    “Selesai teknik mengewap, boleh tepuk perlahan-lahan pada dada kanan dan kiri. Tepuk selama satu minit bagi setiap belah,” ujarnya.

    Menurutnya, dalam menangani gejala itu, kesabaran ibu bapa juga penjaga amat diperlukan.

    “Walaupun tidak mudah untuk sembuh dengan cepat namun sekiranya langkah pencegahan dilakukan dengan baik, risiko untuk dijangkiti akan berkurang.

    “Ini antara fitrah dalam proses membesarkan anak-anak, apa yang penting adalah keprihatinan ibu bapa dalam menangani virus paling kerap dihadapi kanak-kanak dan anak damit ini,” katanya.

    Bagaimanakah selesema menjejaskan anak damit?

    Tiada perkara yang lebih mengharukan daripada anak damit yang menghidapi selesema. Anak damit yang sakit mungkin akan menghidapi demam (sehingga 38 darjah Celsius), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair. Anak anda juga akan meragam dan hilang selera makan.

    Anak-anak damit di bawah usia enam bulan tidak boleh bernafas melalui hidung mereka apabila mereka sakit, jadi mereka akan mempunyai masalah untuk bernafas dan makan. Kanak-kanak tidak bersedia lagi untuk menghembus hidung mereka sehingga usia empat tahun, jadi anda perlu membantu mengeluarkan mukus mereka.

    Jika tidur sepanjang malam sudah menjadi rutin bagi anak damit, masa ini anda akan teringat kembali minggu-minggu pertama kelahiran anak damit. Mungkin dia akan terjaga beberapa kali pada waktu malam sebab tidak selesa dan sukar untuk bernafas. Anda perlu berjaga dengan anak damit anda, menenangkannya dan mengelap hidungnya.

    – Berapa lamakah selesema akan berlarutan?

    Simptom-simptom selalunya akan reda selepas tiga hingga 10 hari, walaupun pada anak damit yang terlalu muda, ia mungkin akan berlarutan sehingga dua minggu. Kebanyakan anak damit yang ada kontak dengan kanak-kanak yang lebih tua akan menghidapi selesema sebanyak enam hingga 10 kali dalam tahun pertama mereka sehingga anda merasakan ianya menghidapi selesema sepanjang tahun.

    – Bolehkah mencegah anak damit dari selesema?

    Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan anak damit anda sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat antibodi anda dan keimunan semula jadi anda. Dan apabila anak damit yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja.

    Anda juga boleh cuba melindungi anak damit anda dengan menjauhkan dia dari mereka yang sakit dan dengan meminta semua ahli keluarga yang sakit untuk membasuh tangan mereka sebelum menyentuh anak damit anda atau barang-barangnya.

    – Bilakah perlu menghubungi doktor?

    Lakukannya apabila tanda pertama selesema jika anak damit anda berusia kurang dari tiga bulan. Bagi anak damit yang lebih tua, hubungi doktor jika:

    -Selesema berlarutan lebih dari lima hari;

    -Suhu anak anda melebihi 39 darjah Celsius;

    -Dia mengalami sakit telinga, masalah bernafas, bunyi berdehit, batuk berlarutan;

    -Dia mengeluarkan mukus hijau yang pekat dan berlarutan dari hidungnya.

    – Bagaimanakah merawat selesema?

    Tidak banyak yang boleh anda lakukan kecuali menunggu dan memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C).

    Jika badannya panas, anda boleh berikan dia cecair parasetamol di bawah pengawasan doktor. Jangan berikan dia sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. Jika umur kanak-kanak itu kurang dari satu tahun, ubat selesema yang dibeli di kedai selalunya lebih membahayakan dan ubat batuk sama kesannya dengan sirap yang tidak mengandungi sebarang ubat untuk melegakan simptom. Walaupun begitu, terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaannya:

    -Jika hidung anak damit anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala anak damit anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.

    -Laplah hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung anak damit anda untuk mengurangkan kerengsaan. Jika anak damit anda sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor anda mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung anak damit.

    -Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa anak damit anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian anak damit anda selepas mandian berwap.

    -Jika anak damit anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksa lubang hidungnya sekiranya terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tidak tahu: anak damit pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.

    Selesema adalah sebahagian daripada kehidupan. Setelah anda berjaya mengharungi selesema anak damit anda buat kali pertama, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan jika ia dijangkiti lagi. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/