Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pantau lesen memandu warga asing

    Saya salah seorang pemandu di negara ingin menimbulkan kerunsingan saya terhadap lesen memandu bagi sesetengah warga asing di Brunei.

    Kerunsingan ini muncul apabila saya nyaris terlibat dalam kemalangan oleh kerana kecuaian pemandu warga asing. Pada ketika itu, pemandu tersebut keluar dari simpang secara melulu sedangkan kereta saya sudah hampir dengan keretanya.

    Saya terpaksa memberhentikan kereta saya secara mengejut dan bernasib baik tiada kereta di belakang. Pemandu warga asing tersebut terlihat melajukan keretanya berkemungkinan takut dengan kesalahannya.

    Kerunsingan saya ini juga semakin membara apabila saya memerhatikan kebanyakan tukang pemotong rumput ketika ini banyak menggunakan kereta. Malah, ada yang datang kepada saya ingin membeli kereta rosak saya untuk mereka gunakan.

    Sedangkan kereta yang digunakan juga dalam keadaan usang. Justeru, saya berfikir adakah mereka ini memiliki lesen memandu yang sah dan adakah kereta yang digunakan sah didaftar. – Ahli Teropong

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda