Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Pantau penjualan vape di negara ini

    Gejala penggunaan rokok elektrik atau vape kini semakin menjadi trend yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.

    Bagi para penggunanya, mereka menganggap vape sebagai alternatif selamat bagi mengelakkan diri daripada menghisap rokok, namun penggunaan vape sebenarnya tetap dilarang di negara ini kerana sifatnya sama seperti rokok biasa dan memiliki efek negatif yang sama atau lebih teruk lagi.

    Sehubungan itu, bagaimanakah penggunaan vape ini semakin meluas dalam kalangan masyarakat kita, sedangkan penjualannya juga diharamkan sama seperti rokok?

    Apa yang mengejutkan lagi, pengguna vape bukan hanya terdiri daripada mereka yang berumur malah menyedihkan lagi dalam kalangan remaja mahupun kanak-kanak pun ada.

    Jika dikatakan ibu bapa atau penjaga tidak memantau anak-anak mereka agak mustahil melainkan ada yang tidak kesah apa yang dilakukan oleh anak mereka. Baru-baru ini saja, saya mendapati sekumpulan kanak-kanak berumur lingkungan 8 hingga 10 tahun menghisap vape ini di tempat awam. Saya pun tertanya-tanya, dari manakah mereka dapat vape berkenaan dan bagaimana perkara ini boleh terjadi?

    Hasil pemantauan saya di laman-laman media sosial, penjualan vape ini semakin berleluasa dan terbuka kepada orang awam. Justeru, meskipun ia diharamkan jualannya di kedai-kedai, para peniaga bijak menggunakan platform dalam talian untuk menjual barangan terlarang ini. Lebih mengejutkan lagi, para peniaga memiliki stok banyak malah memberikan tawaran pra-pesanan.

    Apa yang memusykilkan di sini bagaimana para penjual ini mendapat stok sedangkan ia salah satu barang tegahan. Mungkin pihak relevan kurang melakukan pemeriksaan ketat barangan dibawa masuk ke dalam negara ini.

    Sehubungan itu, pihak relevan perlu melakukan pemeriksaan ketat di pos-pos kawalan dan melakukan pemantauan penjualannya di laman-laman media sosial.

    Ahli Teropong

    Menurut penulis, penjualan vape di negara ini semakin berleluasa di laman-laman media sosial.

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...