Pantau restoran pada waktu malam

Ketika negara kita dikejutkan peningkatan kes baharu COVID-19 komuniti, langkah-langkah pencegahan telah dilaksanakan seperti penutupan sementara sekolah dan masjid, bekerja dari rumah, penutupan makan di restoran dan sebagainya.

Menyentuh penutupan makan di restoran ini, apa yang diketahui setiap restoran ditegah untuk menerima pesanan makan di restoran mereka dan hanya pesanan bawa balik atau penghantaran dibenarkan.

Dalam masa yang sama, para pelanggan yang memesan di kaunter restoran adalah digalakkan untuk memesan lebih awal bagi mengelakkan perkumpulan ramai dan rata-rata waktu operasi restoran-restoran adalah dipendekkan daripada kebiasaan.

Walau bagaimanapun, terdapat kemusykilan di fikiran saya, di mana baru-baru ini saya melintasi sebuah restoran pada tengah malam selepas saya balik bekerja masih dibuka dan apa yang mengejutkan lagi ramai pelanggan yang datang ke kedai tersebut.

Akhir tutup? Seperti yang saya jelaskan kebanyakan restoran dipendekkan waktu operasinya.

Apa yang saya khuatiri, apabila sudah tengah malam masih beroperasi dengan keadaan orang yang ramai, tidak mustahil restoran tersebut melanggar perintah kerajaan iaitu melakukan perkhidmatan makan di restoran berkenaan.

Diharap adanya pemantauan daripada pihak berkenaan terhadap restoran-restoran pada waktu malam, agar perkara begini tidak berlaku dan menyukarkan lagi menangani pandemik.

Khuatir