Thursday, January 30, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pantau sistem ujian bertulis berasaskan teknologi

    Mengikuti perkembangan teknologi terkini seiring dengan peredaran zaman memang digalakkan agar kita tidak ketinggalan memanfaatkan kemajuan dan peluang yang ada.

    Kemajuan teknologi semasa turut memberikan banyak faedah dalam pelbagai aspek misalnya dari segi kemudahan urusan hal ehwal pembayaran, permohonan jawatan kosong, sistem ujian bertulis dan sebagainya.

    Bercakap mengenai hal ehwal pengambilan pekerja masa kini, terdapat beberapa pihak yang menjalankan ujian bagi pemilihan calon untuk diambil bekerja dengan menggunakan komputer atau secara dalam talian.

    Penggunaan teknologi sedemikian sedikit sebanyak menghakis sistem ujian konvensional dengan menggunakan kertas.

    Persoalan yang saya ingin kemukakan adalah tentang masalah semasa menjalani ujian di mana ia telah menjejaskan fokus dan menyebabkan kerugian kepada calon berkaitan pemarkahan.

    Ini adalah kerana para calon tidak dapat menyelesaikan beberapa persoalan yang dikemukakan dengan sempurna akibat gangguan sistem baharu itu.

    Tidak dapat dipastikan gangguan itu berpunca daripada masalah teknikal atau mungkin berpunca daripada masalah lain.

    Maklum balas yang diberikan hanyalah pihak berkenaan ‘tidak dapat berbuat apa-apa’ terutama setelah menghadapkan pertanyaan kepada pihak pengawas sejurus setelah selesai menjawab soalan.

    Memang tidak dinafikan menerusi ujian berasaskan teknologi seumpama itu boleh membantu mempercepatkan pengendalian dan pengurusan akan tetapi ia juga perlu dipantau keberkesanan serta kelancarannya daripada sebarang masalah terutama semasa berlangsungnya ujian.

    Reda A.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda