Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paolo Cannavaro ikut jejak abang

    SASSUOLO, Itali, 29 Dis – Paolo Cannavaro akan bersara selepas hujung minggu ini dan menyertai abangnya yang memegang jawatan kaki tangan teknikal di kelab Guangzhou Evergrande, China.

    Cannavaro mengumumkannya semalam di mana persaingan pasukan Sassuolo dalam Serie A di Roma adalah perlawanannya yang terakhir.

    “Tahun baru, kehidupan baru. Ia adalah satu perasaan yang pelik. Saya tidak akan merindui padang kerana ia adalah keputusan yang saya buat, tetapi saya sudah pasti merindui rakan sepasukan saya,” katanya.

    Cannavaro mula terkenal menerusi pasukan belia di Napoli dan pada tahun 1999 menyertai abangnya, Fabio di Parma, di mana dia menghabiskan masa selama enam tahun.

    Gambar fail 2 Februari 2016 menunjukkan Paolo Cannavaro (kanan) cuba untuk mendapat bola dari Radja Nainggolan ketika saingan Serie A di Reggio Emilia. Paolo Cannavaro akan bersara dari bola sepak dan akan menyertai abangnya bahagian kejurulatihan di Guangzhou Evergrande. – AP

    Pemain pertahanan itu kemudian menghabiskan tempoh semusim di Hellas Verona sebelum menyertai semula Napoli dan menghasilkan lebih dari 200 kemunculan dalam tempoh lapan tahun di kelab bandar kediamannya.

    Cannavaro berpindah ke Sassuolo pada tahun 2014.

    Fabio Cannavaro, yang memenangi Piala Dunia bersama Itali ketika menjadi pemain pada 2006, diumumkan sebagai jurulatih Guangzhou Evergrande pada bulan lalu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda