Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Papan tanda kediaman ketua kampung mudahkan masyarakat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Sebanyak empat papan tanda kediaman ketua kampung telah dirasmikan petang kelmarin di kediaman masing-masing dalam Daerah Brunei dan Muara, sebagai tanda pengiktirafan dan pemakluman kepada masyarakat setempat.

    Perasmian berkenaan telah disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Muhammad Ameer Mubarak bin Pengiran Haji Hashim.

    Empat ketua kampung yang terlibat dalam perasmian papan tanda tersebut ialah Ketua Kampung STKRJ Kampung Mata-Mata Kawasan 1, 2 dan 3, Mukim Gadong ‘B’, Kapten (B) Pengiran Muhammad Redzuan bin Pengiran Haji Said; Ketua Kampung Tungku/Katok, Mukim Gadong ‘A’, Awang Ahmad Khairi bin Haji Hassan; Ketua Kampung Kawasan 4, RPN Lambak Kanan, Mukim Berakas ‘B’,  Haji Mohammad Fazzly bin Haji Suhaili dan Ketua Kampung Kawasan 4, RPN Panchor, Mukim Mentiri, Awang Faidil Rosemady bin Mohamad.

    Majlis perasmian berkenaan bukan sahaja menandakan pengesahan pelantikan mereka secara tetap, bahkan juga simbol sokongan pihak kerajaan terhadap usaha para ketua kampung dalam menyumbang kepada kesejahteraan dan kemajuan komuniti masing-masing.

    Dengan adanya papan tanda rasmi di kediaman ketua kampung, ia memudahkan orang awam mengenal pasti dan berurusan dalam hal-hal kemasyarakatan, keselamatan dan kebajikan penduduk setempat.

    Majlis berkenaan juga memperkukuh lagi hubungan antara pemimpin akar umbi dan masyarakat, sejajar dengan matlamat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyarankan pemimpin sentiasa dekat dengan rakyat.

    Atas & Bawah: Antara salah satu perasmian papan tanda kediaman ketua kampung.  

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda