Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Papar iklan tanpa kebenaran didenda $1,000

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Dua buah syarikat pengiklanan dikenakan denda kompaun atas kesalahan di bawah Peraturan 12, Peraturan Kawalan Bangunan (Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda) 2016 oleh Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), baru-baru ini.

    Kedua-dua syarikat berkenaan telah dikenakan denda kompaun berjumlah $1,000 kerana memaparkan iklan tanpa kebenaran di mana sebuah syarikat telah memaparkan iklan berkenaan di Jalan Pusing Keliling Seria By-Pass, Jalan Pandan Lima, Kuala Belait, manakala sebuah syarikat lagi memaparkan iklan di sebuah bangunan di Simpang 522, Jalan Mulaut-Limau Manis, Kampung Masin, Mukim Pengkalan Batu.

    Sementara itu, kedua-dua syarikat berkenaan diberikan tempoh selama 14 hari untuk menjelaskan denda tersebut.

    Sehubungan itu, ABCi menasihatkan kepada orang ramai untuk memastikan syarikat pengiklanan yang dilantik mempunyai pendaftaran yang sah serta mana-mana papan tanda perniagaan atau papan-papan iklan yang dipaparkan di luar kawasan premis perniagaan hendaklah mendapatkan kebenaran mengikut Peraturan Kawalan Bangunan (Iklan, Papan Iklan dan Papan tanda) 2016.

    Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang di www.abci.gov.bn.

    Kakitangan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan semasa mendapati dua buah syarikat pengiklanan memaparkan iklan tanpa kebenaran. – Gambar serahan ABCi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...