Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Kira-kira 60 orang ahli Persatuan Orang Berkerusi Roda dan Cacat Anggota (PAPDA) telah menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Selamat serta Berbuka Puasa bagi ahli-ahli persatuan yang berlangsung di Rumah PAPDA, Kampung Kiarong, kelmarin.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Persatuan PAPDA, Haji Sahari bin Haji Tinggal serta ahli-ahli Jawatankuasa PAPDA.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan acara bertahlil dan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Awang Abdul Razak dari Biro Keagamaan PAPDA.
Majlis kemudian menyaksikan penyampaian duit raya bagi ahli-ahli yang hadir yang disampaikan oleh Haji Sahari serta diteruskan dengan acara berbuka puasa.
