Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PAPDA terima sumbangan wang, kerusi roda

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Persatuan Orang-orang Berkerusi Roda dan Orang-orang Cacat Anggota (PAPDA), kelmarin, telah menerima sumbangan wang tunai $5,000 dan lima kerusi roda daripada Ketua Jabatan Pusat Kesihatan Panaga, Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Dr Murali Rao dan isteri.

    Majlis penyerahan sumbangan berkenaan telah berlangsung di Hotel Radisson, Bandar Seri Begawan di mana hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan sumbangan tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar.

    Turut hadir ialah Pengerusi PAPDA, Dato Paduka Dr Haji Latip bin Haji Ibrahim dan datin, Timbalan Pengerusi PAPDA, Haji Sahari bin Haji Tinggal dan ahli-ahli PAPDA, Dr Ganesan dan isteri, Dr Sia.

    Dr Rao semasa menyampaikan ucapannya berkata, sumbangan berkenaan bertujuan untuk membantu pusat berkenaan menjalankan aktiviti mereka dengan lebih baik.

    Sumbangan ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada pusat berkenaan itu sendiri, tetapi juga dapat memberi manfaat yang besar kepada semua orang.

    Dengan adanya sumbangan daripada pihak tertentu secara berkala sudah tentu memberi kesan positif terhadap warga pusat serta dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

    TYT Ajaneesh Kumar menyampaikan sumbangan kepada wakil PAPDA pada majlis penyerahan sumbangan di Hotel Radisson, Bandar Seri Begawan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda