Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PAPRSB IHS rai 22 pelajar cemerlang

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB IHS), Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah meraikan pencapaian 22 orang pelajar cemerlang pada Majlis Anugerah Senarai Dekan di Ruang Legar Terbuka PAPRSB IHS, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan UBD, tersenarai dalam Senarai Dekan merupakan pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik.

    Dekan PAPRSB IHS, UBD, Prof Kenneth Kok Yuh Yen dalam ucapan alu-aluannya menekankan, “Hari ini, kita berkumpul bukan sahaja untuk menghargai kehebatan akademik pelajar kita tetapi mengejar pengetahuan, pembangunan sahsiah dan ketabahan mereka yang tidak henti-henti menghadapi cabaran.”

    Beliau seterusnya mengiktiraf peranan penting fakulti, kakitangan, ibu bapa dan penjaga dalam memupuk dan membimbing individu yang berpencapaian tinggi itu.

    Dalam pada itu, beliau juga menggesa para pelajar untuk mengiktiraf pencapaian mereka bukan sekadar gred di atas kertas, tetapi sebagai simbol pertumbuhan, kapasiti dan potensi mereka.

    “Dengan penghormatan ini timbul tanggungjawab,” tambah beliau.

    Pelajar digalakkan untuk memanfaatkan pengiktirafan tersebut dalam mengejar masa depan mereka, selain untuk memberi inspirasi kepada rakan-rakan sebaya, menyumbang kepada komuniti dan memberi kesan positif yang berkekalan kepada dunia.

    Sambutan berkenaan bukan sahaja sebagai pengiktirafan kepada kecemerlangan individu tetapi sebagai inspirasi kepada seluruh warga universiti.

    Pencapaian penerima anugerah Senarai Dekan menunjukkan bahawa dengan dedikasi, kepintaran dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk kecemerlangan, setiap pelajar berpotensi untuk bersinar dengan cemerlang dan mencapai bintang.

    Prof Kenneth Kok Yuh Yen bergambar ramai bersama para pelajar cemerlang yang diraikan pada majlis tersebut. – Gambar serahan UBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda