Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Paqueta bawa Brazil ke final Copa America

    RIO DE JANEIRO, 6 JULAI – Penyerang bintang Brazil, Neymar memberikan assist kepada Lucas Paqueta untuk menjaringkan satu-satunya gol kemenangan ketika tuan rumah Brazil mengalahkan Peru 1-0 semalam untuk layak ke final Copa America.

    Perlawanan separuh akhir merupakan perlawanan ulangan final dua tahun yang lalu, ketika pasukan Brazil beraksi tanpa Neymar kerana cedera juga menang di laman sendiri.

    Brazil akan bermain menentang Lionel Messi dari Argentina atau Colombia, di Brasilia esok, dalam perlawanan final Sabtu ini di Stadium Maracana yang terkenal di Rio de Janeiro.

    “Saya mahukan Argentina. Saya menyokong Argentina kerana saya mempunyai rakan di sana dan Brazil akan memenangi final,” kata Neymar.

    “Paqueta adalah pemain yang hebat, dia semakin meningkat naik dalam setiap perlawanan dengan pasukan kebangsaan,” katanya mengenai pemain berusia 23 tahun itu, yang bermain bersama kelab bola sepaknya untuk Lyon di Perancis.

    “Dia baharu saja menjalani musim yang hebat bersama kelabnya dan menunjukkan bahawa dia boleh menjadi pemain yang sangat penting bagi pasukan kebangsaan Brazil.”

    Brazil menguasai separuh masa pertama di Stadium Nilton Santos yang kosong di Rio tetapi terpaksa bertahan beberapa saat mendebarkan selepas rehat sebelum berjaya menemukan jaringan kemenangan.

    Mereka berjaya menembusi pertahanan Peru pada minit kelapan ketika hantaran Paqueta kepada Richarlison di belakang pertahanan, tetapi selepas mengalahkan penjaga gawang Pedro Gallese beliau gagal menemukan Neymar yang di bawah tekanan.

    Brazil layak mendahului perlawanan 10 minit sebelum rehat selepas Peru gagal mengawal bola dengan baik untuk beberapa kali. – AFP

    Aksi Lucas Paqueta dari Brazil dan Yoshimar Yotun dari Peru ketika bersaing merebut bola semasa perlawanan separuh akhir Copa America di Stadium Nilton Santos di Rio de Janeiro, semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda