Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Para pemimpin ASEAN berkumpul di Indonesia

    ANKARA, 9 MEI – Pemimpin Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) hari ini tiba di Indonesia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 yang bermula esok, lapor agensi Anadolu.

    Menteri-menteri luar dan pegawai kanan negara-negara anggota telah tiba di Labuan Bajo, sebuah destinasi pelancongan yang terletak di Nusa Tenggara Timur Indonesia, menjelang pertemuan para pemimpin.

    Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Horn menghadiri mesyuarat menteri luar di Labuan Bajo pagi ini yang membincangkan perkembangan baharu di rantau berkenaan, menurut ciapan persatuan itu.

    Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyiarkan foto di media sosial bersama delegasinya berlepas ke Labuan Bajo untuk menghadiri Sidang Kemuncak
    ASEAN ke-42.

    Para pemimpin dijangka membincangkan isu Myanmar.

    Anggota keselamatan Indonesia melakukan kawalan keselamatan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN 2023 di Labuan Bajo, pada 8 Mei. – Bernama

    Pada Isnin, Presiden Indonesia Joko Widodo, yang akan mempengerusikan sidang kemuncak itu berkata bahawa keganasan perlu dihentikan kerana rakyat yang menjadi mangsa konflik itu.

    Sidang kemuncak itu dijadual berlangsung sehingga 11 Mei.

    Para pemimpin juga dijadual membincangkan cara-cara membanteras pemerdagangan manusia.

    Sementara itu, Human Rights Watch memaklumkan hari ini bahawa tentera Myanmar menggunakan peluru thermobaric bagi menyerang bangunan pembangkang di Wilayah Sagaing bulan lalu yang mengorbankan lebih 160 orang, termasuk kanak-kanak.

    Ia mendesak negara asing menghentikan pembiayaan, senjata dan bahan api kepada tentera Myanmar, sambil menegaskan bahawa serangan udara di kampung Pa Zi Gyi pada 11 April lalu menyebabkan korban awam dan melanggar peraturan antarabangsa, undang-undang kemanusiaan, serta merupakan jenayah perang yang jelas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...